Khamis, 11 Ogos 2011

cari jodoh yang sesuai : Lelaki mengi'rab wanita?

ya i'rab wanita. pernah dgr tak tentang i'rab wanita ni?ni bukan ilmu nahu bahasa arab tau . ye bukan i'rab ayat2, tapi i'rab wanita.okey kata yang paling mudah,wahai para readers sekelian, anda2 para wanita pernah tak anda mengalami situasi asyik diperhatikan oleh seorang lelaki.ye mereka dok memandang wajah and tangan anda? pernah x?lepastu mereka2 mula lah buat reaksi muka atau melontarkan kata2 yang mengelirukan.


sememangnya pada ketika dan masa itu, bagi mereka yang ada belajar ilmu 'irab wanita ini, mereka sebenarnya sedang mentafsir, personaliti anda berdasarkan wajah (meliputi kesemua: pipi, mulut, mata, kening, dahi, bulu mata, hidung, semuanya lah) dan juga tangan ( bentuk jari, warna kuku, urat tangan dsb). melaluinya, mereka2 yang berpengetahuan dalam bidang ini dapat mengetahui personaliti anda para wanita secara diam2.kenyataannya, semua anggota tubuh wanita boleh ditafsir utk mengetahui personaliti mereka.bukan hanya pada wajah atau pergelangan tangan, tetapi semua!seluruh tubuh~itulah kenyataannya.

itu bagi mereka yang tahu cara mengi'rab wanita. bagi yang tak tahu, mungkin melihat dengan pandangan lain yang NBY tak tahu apa maknanya ok. jgn tanya NBY apa itu pandangan lain, sebab semua bergantung pada niat kan?mana lah NBY tahu niat orang yang memandang.

ilmu i'rab wanita ini dikatakan bertujuan (dlm erti kata: tujuan sebenar) untuk para lelaki mencari jodoh yang sesuai iaitu serasi dengan diri beliau. sama ada penafsiran itu diterjemahkan dalam erti  positif atau negatif, melalui i'rab wanita inilah  mereka2 ini akan cuba mencari pasangan yang boleh melengkapi kurang lebihnya diri mereka. tapi mungkin ada mereka mengi'rab wanita bukan untuk tujuan tersebut. itu NBY tak tahu. saja nak kenal personaliti para wanita mungkin?wallahu'alam.

dengar2 cerita kebanyakan pelajar lelaki aliran sekolah agama ada belajar i'rab wanita (secara unformal) ni. NBY percaya mereka tahu benda ni..sebab  ada satu cerita tu NBY nak kongsikan bersama.

tersebutlah kisah,pada masa itu ada lah satu kes dalam kelas ni. masa tu mungkin kelas agama.maka gigihlah pelajar2 dalam kelas itu menuntut ilmu.kebetulan pada masa itu,sang guru mahu pelajarnya (insan terpilih) membaca teks dalam buku agama itu yang nyata-nyata terdapat ayat al-quran. maka terpaculah dari mulut sang guru, nama seorang pelajar perempuan (  selepas ini disebut PP )yang dalam keadaan uzur syar'i untuk membaca teks tersebut. PP betul-betul duduk di belakang pelajar lelaki (selepas ini disebut PL ). PP gelisah bila namanya dipanggil. teks yang perlu dibaca terkandung ayatul quran..bukan tak tahu membaca, tapi PP dlm keadaan uzur syar'i. apa yang perlu dibuat?tak kan nak kata pada sang guru yang beliau tidak boleh membaca?malulah satu kelas tahu...hu3.


maka keputusan yang diambil oleh PP adalah hanya membaca teks lain tanpa membaca kalamNYA. selesailah sudah tanggung jawab PP. sang guru berpuas hati, tiba-tiba PL yang berada didepannya menoleh..."ayat quran kau tak baca"...dia cakap sambil tersengeh-sengeh.lepastu menjerit memanggil gurunya " guru...dia x baca ayat quran..." merengek macam budak kecik. PP dah serba salah.."bertuah kau!" mungkin itu bisik hatinya. masih dengan muka selamba PP tu terus bertanya pada gurunya " nak baca ke guru?". tahu tak apa sang guru cakap? guru cakap....."owh..tak perlu"...tersenyum simpul lah PP tersebut.lega sambil buat muka tension kat PL. dan PL? hanya tersengeh-sengeh~" kau x boleh baca ek?" bertanya selamba dan terus mengadap bukunya.

ye...PL dah tahu PP tu dalam keadaan uzur syar'i. beliau memang sengaja mencetuskan isu tersebut. nah...nyatanya memang jelas mereka tahu cara nak tafsir. NBY tahu lah juga  sedikit i'rab wanita ni. tapi jarang praktik, nak buat apa pun NBY praktikannya.hak3. pernah lah juga cuba,benda2 basic. dan telaan NBY kebetulan betul. ya hanya kebetulan mungkin.ha3. bagi NBY, benda2 macam ni, bukanlah seratus peratus betul pon...ada gak yang tak betul.huwaha3. ok2 dah tengah hari nak tengok, ketuk-ketuk ramadhan....hi3..da~

nota NBY: mungkin ini salah satu hikmahnya kenapa kaum wanita wajib menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam islam. 
nota NBY2 : psst...sesekali belajar ilmu 'irab wanita..apa kata cuba belajar ilmu 'irab ayatul quran pulak yok!

4 ulasan:

  1. nad pon tgk ke ketuk2 ramadan??
    hahahaha

    BalasPadam
  2. Mmg ilmu ni benar . N di sini juga mmg benar hikmah wanita kena tutup aurat .
    Segenap inci tubuh kaum hawa bleh dibaca nnti.

    Kisah Saidina Khaidhir dgn Nabi Musa pn , ada isyarat psl ilmu i'rob sesuatu

    BalasPadam
  3. Seram nya kalau di jadikan bahan practice ilmu ni. Kene scan😢

    BalasPadam