Jumaat, 1 April 2016

Pakaian Umrah dan Haji di seluruh Malaysia

Asssalmualaikum wm. wbt reader2 semua.

Diharap semua berada dalam keadaan sihat senantiasa.

Lama tak menulis dalam ini belog kerana sibuk dengan tugasan semasa.

Kadang tak berkesempatan untuk melihat meninjau dan memantau belog2 kawan yang sedia ada.

Dulu zaman belajo memasing sibuk memuatnaik post berbeza dengan sekarang alam dewasa, sibuk dengan tugasan semasa.

Apa yang NBY nak kongsikan hari ini ialah berkenaan pakaian Umrah dan Haji khusus untuk kegunaan kaum muslimah. NBY tertarik dengan pakaian rekaan ELZ Medinaa Collections.

Kat kampung tercinta NBY iaitu Sabak Bernam agak sukar menemui kedai-kedai yang menjual kelengkapan umrah dan haji. Kini bukan sahaja NBY malah sapa2 boleh mendapatkan barang keperluan dan kelengkapan haji dan umrah dengan mendapatkan produk ELZ Medinaa Collections...

Apa yang menarik ELZ Medinaa Collections menjual keperluan umrah dan haji terutama berkenaan keperluan pakaian semasa mengerjakan ibadah di sana.

NBY telah mencuba pakai rekaan jubah ELZ Medinaa dan ia sememangnya menarik.

Menarik? Apa yang menarik? haa ini yang NBY nak review sikit berkenaan pakaian umrah dan haji.

Jom baca review NBY..



(1) Konsep Pakaian : R2S


Pada mulanya NBY sendiri tidak jelas apa sebenarnya konsep R2S yang diperkenalkan oleh ELZ Medinaa. Rupa2nya R2S ialah Ready to Solat. NBY pernah cuba memakai jubah dan tudung Elz Medinaa. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan jubah dan tudung tersebut memang diciptakan untuk kaum muslimah agar sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk solat. Dengannya kita tak perlu lagi memakai telekung lain. Dah boleh bersolat dengan pakaian sebegini..senang dan simple

(2) Ada poket Doraemon.

Sure. Ini pasti menarik. Tak sangka jubah Elz Medinaa ini ada poket Doraemon. hihihi. Poket ini terletak dibahagian dada memudahkan jemaah haji dan umrah untuk menyimpan barangan penting seperti pasport dsb. Mudahkan? tak perlu membawa beg ke hulu ke hilir so amat mudah dan mengurangkan risiko kehilangan barang berharga. 

Poket pun tak nampak poket sebab terselindung. Memang gempak lah design dia. A++++ NBY bagi.

(3) Design yang menarik.

Ha ini serius tak tipu. Desing tudung memang menarik. Awning tudung memang terletak je kat muka. NBY yang tak berapa nak cun ni pun nampak cun bila pakai. Kemas dan selesa.  Selain itu, design tudung R2S ni sebijik cam tudung biasa, tidak seperti telekung.So kalau kita p jalan2 ke ziarah ke mudah untuk kita solat..=)

(4) Harga berpatutan.

Harga bukan sahaja berpatutan malah confirm berbaloi. Seperti yang you all tahu NBY ni jenis yang agak kedekut dan amat teliti soal perbelanjaan. Ceeeewah..So bagi NBY dengan kualiti jubah dan tudung yang diperkenalkan oleh Elz Medinaa ni, NBY tak teragak-agak untuk membeli sebab confirm berbaloi. 

(5) Selesa dipakai. 

Keselesaan menjadi point utama untuk pembelian pakaian kan? Setuju tak.? Ya, Jubah dan R2S memang ada point ni. Selesa dan praktikal. Amat sesuai untuk jemaah haji dan umrah. Tak nampak bentuk badan dan tak jarang. Betul2 menjaga aurat kita kaum Muslimah. 

(6) Pelbagai warna.

Jubah dan Tudung R2S ini didatangi dengan pelbagai warna yang cun melecun.Pasti jatuh hati lah yang pasti. Banyak warna-warna menarik yang memberi pilihan kepada kita pengguna. Didatangi dengan pelbagai saiz, saya dapat tahu kini ELZ Medinaa akan mula memperkenalkan Design baru free saiz...Macam mana tu? Kita tunggu dan lihat... NBY pun tak sabar-sabar menantikan keluaran terbaru daripada ELZ Medinaa. 
NBY suke warna ni

Warna ni pun cun jugak.

(7) Boleh beli secara berasingan.

Ini menarik. Kita boleh beli satu set jubah dan tudung atau kita boleh beli secara berasingan. Memang menarik dengan penawaran harga yang kompem berbaloi!!


(8) Servis Tip Top

Ya..Servis tip top. Pertanyaan dijawab mesra dan penghantaran yang segera. Hari ni beli esok dapat (mungkin tertakluk kepada kawasan). Untung2 dapat free gift..tu yang tersenyum lebo tu...hehehehehehe

Apa tunggu lagi??? Jom pakat beli ramai2... Nk info lebih lanjut boleh contact 013 315 3812..

Pasti dilayan... Tak pun pi menjengah FB Elz Medinaa Collections

ELZ Medinaa Collections juga mempunyai blog rasmi..Jom jengah blog rasmi ELZ Medinaa Collections




Tiada ulasan:

Catat Ulasan