Ahad, 14 Ogos 2011

" Abah~ ~Sunlight dah habis"

 

niat hati nak minta simpati abah NBY lah, harap2 boleh tolong belikan  sunlight.ye lah sunlight kan dah habis..tapi jwpn dari mulut abah NBY sejurus selepas kakak NBY mengeluarkan kata-kata itu, betul2 buat NBY dan kakak NBY ketawa terbahak-bahak.

betul lah...lelaki mmg kena cakap straight to the point. kalau cakap berkias-kias ni, haruslah tak perlu nak berharap.percentage nak dapat apa yang kita nak tu, amatlah sikit.ho3.

berbalik kpd cerita tadi, abah NBY selamba je menjawab " dah habis?oh~dah habis..habislah...." selamba. mmg selamba. NBY dgn kakak NBY buat muka terpinga-pinga. "hah?habislah?.." jawapan dari abah NBY tu, betul2 lah memusnahkan harapan kami.

lantas NBY utarakan teori yang lelaki ni mmg tak paham kalau pompuan ckp berkias. tak semena-mena, NBY terus cakap pada adik NBY . niat: nak menguji teori

" adik~~~~~~~~~" penuh dengan gaya gedik menggoda." adik~~~~~~~" sekali lagi cuba menggoda...adik NBY yang tengah baring tersengih dan menoleh. "sunlight dah hbis..." mata NBY sengaja dikerlip-kerlipkan.he3...

tahu tak apa adik NBY yang lelaki tu cakap? " sunlight habis matahari terbenam lah~~~~~" juga memek muka selamba.lagi tak boleh pakai!



terbahak-bahak NBY plus kakak NBY gelak tak habis. hilang wajah ayu kami..pasti!

sudahnya kami straight to the point je lah, setelah sesi, kena mengena, bangkang membangkang berlaku antara kami empat beranak. nasib baik mama NBY tak masuk campur..kalau tak lagi kepoh~

sebenarnya abah NBY dgn adik NBY ni tahu ke sunlight tu apa?..cuba lagi lah...

" abah pencuci pinggan Sunlight habis bah.." sekali lagi kami mengulang.kali ini sengaja guna perkataan pencuci pinggan, supaya abah NBY faham.." habis?o~~"..lagi...

sudahnya.

tak apalah...kakak NBY pon dah berani bawa motor. nanti pergi kedai sama kakak NBY lah beli sendiri.. habis cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan