Khamis, 11 Ogos 2011

nasib asyraf haziq



Gigi patah, tulang pipi patah plus rahang bawah pecah.itulah nasib yang menimpa asyraf haziq di kota london.

geram.marah. sakit hati. itu perasaan NBY apabila dpt tahu tentang kes asyraf ni..gara2 rusuhan di kota london...asyraf haziq yang merupakan pelajar malaysia dibelasah dan dirompak oleh perusuh...apa ke hal nya? yang perusuh2 tu tak puas hati nak belasah tu knp lah pula kan? budak tu baru sebulan kat sana, gigih lah beliau mengayuh basikal, tak pasal-pasal kena belasah oleh perusuh. bagi NBY, nak rompak, rompak je lah...tak perlu nak belasah.

geram. mmg hati NBY geram sgt. rakyat mereka dtg ke malaysia, tak ada pon rakyat kita buat rakyat mereka  macam tu..teringat kata-kata kakak NBY sebelum masuk tidur mlm tadi, apabila kami masing2 mengupas isu ini.kakak NBY kata...kat malaysia ni...bukan rakyat kita merompak or membelasah rakyat asing, kebanyakan dari news yang di dengar rakyat kita pula yang kena belasah plus kena rompak dgn rakyat asing (kebiasaan bagi kes :  foreigner dari negara yang kurang maju sikit daripada malaysia)

berbalik kepada cerita adik asyraf tu tadi...NBY yang sakit hati adalah part yang belasah tu.. macam NBY cakap tadi..nak rompak, rompak je lah...tak perlu nak belasah2...yang tak tahannya, boleh lah pula ada insan 'prihatin' datang, berpura-pura datang dengan niat nak menolong asyraf...rupa-rupanya, datang nak merompak...bahagia buat macam tu? 

video kejadian itu boleh dilihat di youtube dan merupan antara topik hangat yang diperkatakan.mana tak hangat, insan tak bersalah diperlakukan sedemikian.huhuhu..

sudahnya, asyraf tadi dikerjakan ke hospital, mulut berlumuran darah segala bagai akibat dibelasah. menitik-nitik tu darahnya. ingat tak sakit ke? wajah asal beliau pon seperti terjejas akibat kejadian tu.


nota NBY: doa yang terbaik buat beliau. moga dapat pembelaan yang sewajarnya.

lagi berita di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan