Jumaat, 26 Ogos 2011

Masih Ingat Lagi : Joget Lagu Zai Zai Zai Zai

NBY masih ingat lagi waktu zaman kecik2 dulu.

dulu NBY sekolah tadika dekat dengan jalan pegawai, tadika KEMAS. pakai baju merah kotak2 putih dengan kain kaler hitam. haruslah NBY comel masa tu.hi3.

setiap hari sebelum pergi kelas tadika, mama NBY pasti bancuhkan NBY air milo panas. ada satu hari tu,  minum milo atas tangga sambil kelam kabut pakai kasut. NBY tak tahu kenapa pagi yang dingin tu NBY minum milo panas atas tangga.
 
bila dah smpai sekolah, belajarlah. lukis2, kaler2. dan NBY tak tahu sapa kawan NBY time tu. ha3.sori kwn2,lupe.yang pasti ramai kwn2 tadika NBY satu kelas dengan NBY waktu sekolah rendah.

NBY ingat lagi, dulu waktu time rehat, arwah cikgu salwa akan tekan loceng kasi bunyik2. tanda waktu rehat. NBY pon~suke lah~

time tu waktu rehat , makanan memang dah disediakan.kita org cuma perlu duduk bersila tadah tangan baca doa makan. duduklah bersila smbil pakai napkin, xnk bagi baju kotor kowt.

lepas makan pergi main2 kat luar kelas.ada papan jongkang-jongket, ada papan gelungsur.kita org main gilir2.

lepastu loceng bunyik~rehat dah hbis..masuk kelas balik.

pesan arwah cikgu salwa yang NBY ingat smpai sekarang ialah " kalau orang mesin rumput, jangan datang dekat,nanti dia mesin batu terpelanting, kena mata.BUTA!" nasihat berbaur ugutan ini sungguh menakutkan. masa tu, ada pak cik kebun tengah mesin rumput kat padang permainan kita orang. masa tulah arwah cikgu salwa bagi pesanan ni..

beberapa hari sebelum majlis konvo tadika diadakan kat dewan sekolah STARP, cikgu buat sesi pemilihan, utk persembahan hari konvo tu, joget.lagu background yang zai2...erm apa tajuk lagu lupa...keindahan pantai mungkin~NBY dapat.masuk tu,,kira terpilih lah. masa tu perasaan kira agak banggalah sbb terpilih. org lain ada?(padahal cikgu pilih budak2 yang nak ambil sijil je buat persembahan, NBY je yang perasan bagus)

masa hari persembahan tu kita org pon joget2lah atas pentas mmg tak tahu malu.masuk tu kali pertama dan terakhir (sehingga entri ini ditulis) NBY kena pakai lipstik~err~~lepastu para penonton tepuk2 tangan . owh~mesti diaorang gelak senyum2 then cakap "ee~comel lah budak2 tu menari~zaizaizaizai" smbil gelak2. "pakai skirt pulak tu...comel~~rambut pulak ada ikat bulu2" err~malu.diaorang puji kita orang comel~mesti punye!!eceh~


pas dah hbis majlis tu, dengan pakai jubah merah menyala, NBY berjaya konvo sebgai budak tadika...pakai topi siap segala bagai...bangga giler~

balik rumah terus riak2 berlagak tunjuk kat mama.."ma~dapat bekas pensil" ceit excited giler dpt pencil box~mcm lah mama kau tu nak berebut pencil box dengan kau~ha3...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan