Jumaat, 26 Ogos 2011

tips berkawan (2) : tak mo sakit2


eeh tak mo sakit2..tak mo, tak mo..tak baik~sakit tu sakit. jgn sakit2~

ye kalau nak kekal berkawan, jangan cuba nak sakitkan hati kawan, nanti sendiri juga yang rasa peritnya. tanamkan dalam jiwa.... hati kawan tu ibarat anggota badan sendiri.lepastu terus warning kat diri..kan anggota badan tu kita ni kita pinjam dari Allah, maka kita kena jaga dia baik2~kalau tak jaga baik-baik nanti Allah ambil balik. so macam mana kita jaga anggota badan kita macam tu juga kita kena jaga hati kawan kita yakni saudara kita juga~ =)

Masih Ingat Lagi : Joget Lagu Zai Zai Zai Zai

NBY masih ingat lagi waktu zaman kecik2 dulu.

dulu NBY sekolah tadika dekat dengan jalan pegawai, tadika KEMAS. pakai baju merah kotak2 putih dengan kain kaler hitam. haruslah NBY comel masa tu.hi3.

setiap hari sebelum pergi kelas tadika, mama NBY pasti bancuhkan NBY air milo panas. ada satu hari tu,  minum milo atas tangga sambil kelam kabut pakai kasut. NBY tak tahu kenapa pagi yang dingin tu NBY minum milo panas atas tangga.
 
bila dah smpai sekolah, belajarlah. lukis2, kaler2. dan NBY tak tahu sapa kawan NBY time tu. ha3.sori kwn2,lupe.yang pasti ramai kwn2 tadika NBY satu kelas dengan NBY waktu sekolah rendah.

NBY ingat lagi, dulu waktu time rehat, arwah cikgu salwa akan tekan loceng kasi bunyik2. tanda waktu rehat. NBY pon~suke lah~

time tu waktu rehat , makanan memang dah disediakan.kita org cuma perlu duduk bersila tadah tangan baca doa makan. duduklah bersila smbil pakai napkin, xnk bagi baju kotor kowt.

lepas makan pergi main2 kat luar kelas.ada papan jongkang-jongket, ada papan gelungsur.kita org main gilir2.

lepastu loceng bunyik~rehat dah hbis..masuk kelas balik.

pesan arwah cikgu salwa yang NBY ingat smpai sekarang ialah " kalau orang mesin rumput, jangan datang dekat,nanti dia mesin batu terpelanting, kena mata.BUTA!" nasihat berbaur ugutan ini sungguh menakutkan. masa tu, ada pak cik kebun tengah mesin rumput kat padang permainan kita orang. masa tulah arwah cikgu salwa bagi pesanan ni..

beberapa hari sebelum majlis konvo tadika diadakan kat dewan sekolah STARP, cikgu buat sesi pemilihan, utk persembahan hari konvo tu, joget.lagu background yang zai2...erm apa tajuk lagu lupa...keindahan pantai mungkin~NBY dapat.masuk tu,,kira terpilih lah. masa tu perasaan kira agak banggalah sbb terpilih. org lain ada?(padahal cikgu pilih budak2 yang nak ambil sijil je buat persembahan, NBY je yang perasan bagus)

masa hari persembahan tu kita org pon joget2lah atas pentas mmg tak tahu malu.masuk tu kali pertama dan terakhir (sehingga entri ini ditulis) NBY kena pakai lipstik~err~~lepastu para penonton tepuk2 tangan . owh~mesti diaorang gelak senyum2 then cakap "ee~comel lah budak2 tu menari~zaizaizaizai" smbil gelak2. "pakai skirt pulak tu...comel~~rambut pulak ada ikat bulu2" err~malu.diaorang puji kita orang comel~mesti punye!!eceh~


pas dah hbis majlis tu, dengan pakai jubah merah menyala, NBY berjaya konvo sebgai budak tadika...pakai topi siap segala bagai...bangga giler~

balik rumah terus riak2 berlagak tunjuk kat mama.."ma~dapat bekas pensil" ceit excited giler dpt pencil box~mcm lah mama kau tu nak berebut pencil box dengan kau~ha3...

Rabu, 17 Ogos 2011

tips berkawan

ohoihoi...anda sayang kawan anda?sayang ke?sayang ke? okeyh tak. biar pi lah hangpa..ha3. berkawan ni, bak kata sakinah sama je mcm berkapel. eh ye ke gitu? ye kot. yang penting jadi kawan ni tak perlu memaksa dan tak perlu ada rasa terpaksa. berkawan biar ikhlas kerana Allah. betul kan niat hangpa, bagi sesiapa yang berkawan tu cuma nak hilangkan rasa bosan ke, nak guna printer kawan anda ke, nak ajak dia temankan you all shopping ke, lupakan...itu bukan erti sebenar persahabatan ok! persahabatan adalah persaudaraan.persahabatn juga adalah satu tempoh masa untuk bentuk diri kita.

okey tips berkawan yang pertama dari NBY ( eh..lepas ni ada lagi ke?tak tau, tak tau)

okey tips pertama apabila tiba hari penting kawan kita tu mcm sambutan hari jadi ke, hari bertunang dia ke, etc.etc. UBAH PERSONALITI KITA TERHADAP DIA 100%...time hari bersejarah dia lah, hari lain jgn, nak buat pon boleh, tak buat lagi baik kot~~ha3.nanti dia kata kita buang tabiat pulak~hak3

phm tak? okey2,,maksud kat sini ialah,
a) kalau sebelum ni you all bersifat gangster dgn kwn you all, ubah jadi manja sikit kat kwn you all tu.cth:-

sebelum 
kita: woi ko ni kalo nak mkn pon guna duit sendiri, jgn nak perhabis wet aku plak. lau aku belanja ko, aku nak mkn apa?

semasa detik bersejarah beliau cth (birthday)
kita msg lah kwn kita tu. kita kan pemalu orgnya kita msg dia tepat 11.59 mlm hari jadi dia. kira mcm nak jadi org last lah wish birthday dia hari tu..kita msg dia mcm ni:-

msg kita utk dia: awak2, awak kenal tak kwn saya Tuut...tuut... (nama dia) yang sambut birthday dia hari ni kat bilik awak tu?awak boleh tolong saya tak? nanti kan, bila jam bilik awak tepat 11.59 mlm awak tolong wish epi birthday dari saya pada dia ek!ingat 11.59 mlm tau!saya nak jadi orang last yang wish hepi birthday dia tahun ni. bolehkan? saya dah cari dia...seluruh pelusuk dunia, tapi tak jumpa saya tak tahu sapa culik dia,saya msg dia, pending..nak pergi bilik dia pulak tak tahu kat mana,.awak tolong saya ya...ingat 11.59 mlm ni tau!TQ~

phm?ha3..tp tgk jugak, kwn kita tu jenis mcm mn tahu...kalau yang jenis sensitif atau kita tak berapa kenal dia wish biasa2 je sudah, nanti makan hati plak dia, tak baik.tak baik...hi3

Ahad, 14 Ogos 2011

" Abah~ ~Sunlight dah habis"

 

niat hati nak minta simpati abah NBY lah, harap2 boleh tolong belikan  sunlight.ye lah sunlight kan dah habis..tapi jwpn dari mulut abah NBY sejurus selepas kakak NBY mengeluarkan kata-kata itu, betul2 buat NBY dan kakak NBY ketawa terbahak-bahak.

betul lah...lelaki mmg kena cakap straight to the point. kalau cakap berkias-kias ni, haruslah tak perlu nak berharap.percentage nak dapat apa yang kita nak tu, amatlah sikit.ho3.

berbalik kpd cerita tadi, abah NBY selamba je menjawab " dah habis?oh~dah habis..habislah...." selamba. mmg selamba. NBY dgn kakak NBY buat muka terpinga-pinga. "hah?habislah?.." jawapan dari abah NBY tu, betul2 lah memusnahkan harapan kami.

lantas NBY utarakan teori yang lelaki ni mmg tak paham kalau pompuan ckp berkias. tak semena-mena, NBY terus cakap pada adik NBY . niat: nak menguji teori

" adik~~~~~~~~~" penuh dengan gaya gedik menggoda." adik~~~~~~~" sekali lagi cuba menggoda...adik NBY yang tengah baring tersengih dan menoleh. "sunlight dah hbis..." mata NBY sengaja dikerlip-kerlipkan.he3...

tahu tak apa adik NBY yang lelaki tu cakap? " sunlight habis matahari terbenam lah~~~~~" juga memek muka selamba.lagi tak boleh pakai!



terbahak-bahak NBY plus kakak NBY gelak tak habis. hilang wajah ayu kami..pasti!

sudahnya kami straight to the point je lah, setelah sesi, kena mengena, bangkang membangkang berlaku antara kami empat beranak. nasib baik mama NBY tak masuk campur..kalau tak lagi kepoh~

sebenarnya abah NBY dgn adik NBY ni tahu ke sunlight tu apa?..cuba lagi lah...

" abah pencuci pinggan Sunlight habis bah.." sekali lagi kami mengulang.kali ini sengaja guna perkataan pencuci pinggan, supaya abah NBY faham.." habis?o~~"..lagi...

sudahnya.

tak apalah...kakak NBY pon dah berani bawa motor. nanti pergi kedai sama kakak NBY lah beli sendiri.. habis cerita.

Khamis, 11 Ogos 2011

cari jodoh yang sesuai : Lelaki mengi'rab wanita?

ya i'rab wanita. pernah dgr tak tentang i'rab wanita ni?ni bukan ilmu nahu bahasa arab tau . ye bukan i'rab ayat2, tapi i'rab wanita.okey kata yang paling mudah,wahai para readers sekelian, anda2 para wanita pernah tak anda mengalami situasi asyik diperhatikan oleh seorang lelaki.ye mereka dok memandang wajah and tangan anda? pernah x?lepastu mereka2 mula lah buat reaksi muka atau melontarkan kata2 yang mengelirukan.


sememangnya pada ketika dan masa itu, bagi mereka yang ada belajar ilmu 'irab wanita ini, mereka sebenarnya sedang mentafsir, personaliti anda berdasarkan wajah (meliputi kesemua: pipi, mulut, mata, kening, dahi, bulu mata, hidung, semuanya lah) dan juga tangan ( bentuk jari, warna kuku, urat tangan dsb). melaluinya, mereka2 yang berpengetahuan dalam bidang ini dapat mengetahui personaliti anda para wanita secara diam2.kenyataannya, semua anggota tubuh wanita boleh ditafsir utk mengetahui personaliti mereka.bukan hanya pada wajah atau pergelangan tangan, tetapi semua!seluruh tubuh~itulah kenyataannya.

itu bagi mereka yang tahu cara mengi'rab wanita. bagi yang tak tahu, mungkin melihat dengan pandangan lain yang NBY tak tahu apa maknanya ok. jgn tanya NBY apa itu pandangan lain, sebab semua bergantung pada niat kan?mana lah NBY tahu niat orang yang memandang.

ilmu i'rab wanita ini dikatakan bertujuan (dlm erti kata: tujuan sebenar) untuk para lelaki mencari jodoh yang sesuai iaitu serasi dengan diri beliau. sama ada penafsiran itu diterjemahkan dalam erti  positif atau negatif, melalui i'rab wanita inilah  mereka2 ini akan cuba mencari pasangan yang boleh melengkapi kurang lebihnya diri mereka. tapi mungkin ada mereka mengi'rab wanita bukan untuk tujuan tersebut. itu NBY tak tahu. saja nak kenal personaliti para wanita mungkin?wallahu'alam.

dengar2 cerita kebanyakan pelajar lelaki aliran sekolah agama ada belajar i'rab wanita (secara unformal) ni. NBY percaya mereka tahu benda ni..sebab  ada satu cerita tu NBY nak kongsikan bersama.

tersebutlah kisah,pada masa itu ada lah satu kes dalam kelas ni. masa tu mungkin kelas agama.maka gigihlah pelajar2 dalam kelas itu menuntut ilmu.kebetulan pada masa itu,sang guru mahu pelajarnya (insan terpilih) membaca teks dalam buku agama itu yang nyata-nyata terdapat ayat al-quran. maka terpaculah dari mulut sang guru, nama seorang pelajar perempuan (  selepas ini disebut PP )yang dalam keadaan uzur syar'i untuk membaca teks tersebut. PP betul-betul duduk di belakang pelajar lelaki (selepas ini disebut PL ). PP gelisah bila namanya dipanggil. teks yang perlu dibaca terkandung ayatul quran..bukan tak tahu membaca, tapi PP dlm keadaan uzur syar'i. apa yang perlu dibuat?tak kan nak kata pada sang guru yang beliau tidak boleh membaca?malulah satu kelas tahu...hu3.


maka keputusan yang diambil oleh PP adalah hanya membaca teks lain tanpa membaca kalamNYA. selesailah sudah tanggung jawab PP. sang guru berpuas hati, tiba-tiba PL yang berada didepannya menoleh..."ayat quran kau tak baca"...dia cakap sambil tersengeh-sengeh.lepastu menjerit memanggil gurunya " guru...dia x baca ayat quran..." merengek macam budak kecik. PP dah serba salah.."bertuah kau!" mungkin itu bisik hatinya. masih dengan muka selamba PP tu terus bertanya pada gurunya " nak baca ke guru?". tahu tak apa sang guru cakap? guru cakap....."owh..tak perlu"...tersenyum simpul lah PP tersebut.lega sambil buat muka tension kat PL. dan PL? hanya tersengeh-sengeh~" kau x boleh baca ek?" bertanya selamba dan terus mengadap bukunya.

ye...PL dah tahu PP tu dalam keadaan uzur syar'i. beliau memang sengaja mencetuskan isu tersebut. nah...nyatanya memang jelas mereka tahu cara nak tafsir. NBY tahu lah juga  sedikit i'rab wanita ni. tapi jarang praktik, nak buat apa pun NBY praktikannya.hak3. pernah lah juga cuba,benda2 basic. dan telaan NBY kebetulan betul. ya hanya kebetulan mungkin.ha3. bagi NBY, benda2 macam ni, bukanlah seratus peratus betul pon...ada gak yang tak betul.huwaha3. ok2 dah tengah hari nak tengok, ketuk-ketuk ramadhan....hi3..da~

nota NBY: mungkin ini salah satu hikmahnya kenapa kaum wanita wajib menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam islam. 
nota NBY2 : psst...sesekali belajar ilmu 'irab wanita..apa kata cuba belajar ilmu 'irab ayatul quran pulak yok!

nasib asyraf haziq



Gigi patah, tulang pipi patah plus rahang bawah pecah.itulah nasib yang menimpa asyraf haziq di kota london.

geram.marah. sakit hati. itu perasaan NBY apabila dpt tahu tentang kes asyraf ni..gara2 rusuhan di kota london...asyraf haziq yang merupakan pelajar malaysia dibelasah dan dirompak oleh perusuh...apa ke hal nya? yang perusuh2 tu tak puas hati nak belasah tu knp lah pula kan? budak tu baru sebulan kat sana, gigih lah beliau mengayuh basikal, tak pasal-pasal kena belasah oleh perusuh. bagi NBY, nak rompak, rompak je lah...tak perlu nak belasah.

geram. mmg hati NBY geram sgt. rakyat mereka dtg ke malaysia, tak ada pon rakyat kita buat rakyat mereka  macam tu..teringat kata-kata kakak NBY sebelum masuk tidur mlm tadi, apabila kami masing2 mengupas isu ini.kakak NBY kata...kat malaysia ni...bukan rakyat kita merompak or membelasah rakyat asing, kebanyakan dari news yang di dengar rakyat kita pula yang kena belasah plus kena rompak dgn rakyat asing (kebiasaan bagi kes :  foreigner dari negara yang kurang maju sikit daripada malaysia)

berbalik kepada cerita adik asyraf tu tadi...NBY yang sakit hati adalah part yang belasah tu.. macam NBY cakap tadi..nak rompak, rompak je lah...tak perlu nak belasah2...yang tak tahannya, boleh lah pula ada insan 'prihatin' datang, berpura-pura datang dengan niat nak menolong asyraf...rupa-rupanya, datang nak merompak...bahagia buat macam tu? 

video kejadian itu boleh dilihat di youtube dan merupan antara topik hangat yang diperkatakan.mana tak hangat, insan tak bersalah diperlakukan sedemikian.huhuhu..

sudahnya, asyraf tadi dikerjakan ke hospital, mulut berlumuran darah segala bagai akibat dibelasah. menitik-nitik tu darahnya. ingat tak sakit ke? wajah asal beliau pon seperti terjejas akibat kejadian tu.


nota NBY: doa yang terbaik buat beliau. moga dapat pembelaan yang sewajarnya.

lagi berita di SINI