Selasa, 3 September 2013

cerita abah

abah punya banyak cerita. banyak kisah untuk dikongsi. cuma moodnya untuk berkongsi jarang timbul. merdeka baru-baru ini mengajak abah bercerita tentang pengalamannya.

pengalamanya sebagai anak malaysia yang lahir sebelum kalimah merdeka dilaungkan. 

abah bukan pejuang yang gagah perkasa berlawan dengan penjajah.

namun abah punya cerita yang menarik utk dikongsi.

pengalaman abah itu memang unik. sambil mendengar cerita abah. aku sibuk membayangkan watak2 dalam penceritaan abah di dalam kotak mindaku.

kisah abah membesar dahulu. 

abah kami memang nakal ketika dulu. 

nakal x nakal. yang pasti pernah juga terputus ekor kucing. itu kisah lain. tidak sengaja. dan bukanya disengajakan. 

pernah juga abah mengejar anjing2 ketika muda dulu. ye mengejar anjing2 dengan senjata batu di tangan.

itu permainan abah ketika membesar. 

ketika kalimah keramat merdeka ingin dilaungkan. 

tumit kaki abah terlebih dahulu terputus. disapunya dengan serbuk kopi. dibiarkan sebati. sudahnya bercantum kembali tumit kaki abah. ya itu sejarah abah ketika 31 Ogos 1957. kini parutnya masih jelas kelihatan.

abah memang punya banyak cerita utk dikongsi bersama. itulah salah satu cerita abah.

Hujan Turun Lagi

Hujan turun lagi. membawa terus lamunanku ke kampung halaman. argh jgn kira hujan x hujan, memang sepanjang masa rindukan kampung halaman.

baru ahad lepas pulang ke bangi dari sabak bernam. sepanjang perjalann bersama kakak, teman membesarku, aku ralit dibuai angan-angan yang ingin nekad ku jadikan kenyataan.

perjalanan petang itu sungguh mencabar. perjalanan yang biasanya memakan masa paling lewat 2 jam setengah kini mengambil masa 4 jam. dengan skil pemanduan kakak ku yang masih lagi diasah, perjalanan yang  rasa begitu lama akhirnya menyebabkan dia mengalah. mengantuk katanya..

tapi tidak mengapa itu tidak menjadi masalah memandangkan itu hanya secebis kenangan untuk dikenang.

lamunanku kembali ke kampung halaman. mengingat kembali angan2 yang mahu dilaksanakan.

kata-kata mamaku terngiang2 melintas di telinga. membisik2.sayup2 kedengaran..

mama... jgn risau. kerana abah dan mamalah adanya anak2 mama dan abah sekarang.

insyaallah. anak mama ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

"Sihat sebelum sakit - Muda sebelum tua - Kaya sebelum miskin - Lapang sebelum sempit - Hidup sebelum mati"

Isnin, 26 Ogos 2013

Abah

Sebentar tadi seorang saudara sekampung menegurku..bertanya akan kepulanganku ke kampong halaman tercinta. of kos aku dgn bangganya ckp aku balik kg. maka beliau pun bertanya akan perkhabaran abahku...begini dialognye

Beliau : Bapa ko sihat?
Aku     : Sihat - sihat macam tu lah...
Beliau  : kenapa? selalu pitam ke?
Aku     : Adalah sekali hari tu pengsan..panas mungkin. abah x larat..
Beliau : Ye r..Bapa ko keje kuat dulu. Bapa ko keje kuat.

Aku tersentak. Tercuit perasaan aku..Ye abah keje kuat dulu. Abah keje kuat dulu. x pernah merungut x pernah melenting. sekali pun tidak. abah keje kuat dulu supaya kita anak-anak abah senang sekarang. Terima kasih abah.

Jumaat, 31 Mei 2013

Bangun

Aku sentiasa percaya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Ya aku percaya itu.

Allah Maha Adil. Menjadikan hambaNYA tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Sama. Cuma yang membezakannya adalah Usaha. Kalau kita nak lebih kita kena usaha lebih. Maka aku x fhm kenapa konsep cemburu dan rasa rendah diri itu boleh muncul.

Zaman sekarang org menilai

"Budak tu selalu naik pentas terima hadiah setiap tahun. Pandai budak tu..tak macam aku. loser giler rasa diri ni, rasa sia2 je hidup"

"Gaji besar dia tu,,,kereta besar, rumah besar, semuanya besar2 lah...aku ni sapalah sangat, poket pun kempis, lau nak beli barang branded mmg bukan aku lah. aku mmg dilahirkan begini"

Dlm masyarakat kita kebanyakannya orang2 yang kaya,mewah, pandai dan yang seumpamanyalah yang akan disanjung2 dan dipuja2. Bagi mereka2 yang kurang akan disisihkan serta diejak. Kalau iman dan mental x cukup kuat, boleh haru jadinya. Perkara-perkara macam ni lah yang akan membibitkan bunga2 cemburu, hasad dengki, rendah diri dan sebagainya...

Mentaliti mcm ni lah yang kita kena ubah. Kejayaan bukan diukur dgn melihat kepada ciri2 sperti di atas sahaja. Kejayaan perlukan usaha beb. Usaha jangan Malas. Kita kena ada matlamat, bila kita capai matlamat kita tu kita dah cukup berjaya.

kita x boleh sisihkan diri kita dan anggap kita tidak akan berjaya. kita tetap manusia sm mcm mereka.Kita dilahirkan kerana bersebab. ya dengan sebab yang berguna. Kita ada kelebihan dan kita kena cari sendiri kelebihan itu. Tak kiralah berapa lama nak cari, tapi jgn sesekali putus asa.

Andai kata kita telah berjaya mencapai matlamat kita dan kita tgk ada org lain di bawah kita yang dikatakan gagal oleh masyarakat. Please jgn sisihkan mereka. bantu mereka untuk sama2 berjaya seperti kita. andai mereka dengki dgn kita, dekati mereka dan selami perasaan mereka. mereka perlu dipositifkan supaya mereka juga akan berjaya.

percayalah hasad dengki tak akan bawa kita ke mana-mana. maka jom..


NBY: Buat kakak and adik ku..Ayuh! Wake up and smell our glories~~~~~~




Please Jangan.

Ya..Please Jangan Mengeluh!

Ramai orang mengeluh dengan manusia di sekelilingya. Bagi kebanyakan mereka, orang2 di sekeliling amat sukar difahami. Asyik kita saja nak jaga n faham mereka. Balik2 kita yang mengalah. Hati jadi sakit. Emosi jadi tak stabil. Nak marah kang jadi gaduh besar. Maka lebih baik berdiam diri dan makan hati.

Sedih sekali bila perasaan dipendam dan x dapat diluahkan. Aku sendiri mengaku aku juga mengalami dilema ini. Banyak kali dah aku terkena. Dan banyak kali rasa disakiti. Tapi aku sendiri mengambil langkah positif. Mudah. Tak perlu nak pening.

Kita berkawan macam biasa saja. Berkawan kerana Allah. Bukan kerana apa2. Kadang2 aku ada jugak main jahat. Kakak aku misalnya baik sangat manusia bagi aku. Aku rasa dia antara manusia yang tahu cmne nak handle aku. Itu tak bermaksud kakak aku takutkan aku tidak, tapi dia sebenarnya lebih tahu mcm mana nak senyapkan aku. Ye r aku kan jenis yang agak jahat orgnye. Ngeh3.

Ada masa berdua, aku akan sembang2 kosong bercerita tentang itu dan ini. Ada masanya kami berkongsi pengalaman tenatng perhubungan ukhwah. Tiba masa tanduk aku dah muncul aku akan mula membisikan kata-kata jahat kat kakak aku.

"Sis lex r sis. kwn biasa2 je. ko jgn expect lebih dgn kwn ko.Selagi dia buat baik ngn ko selagi itulah ko buat baik ngn dia. senang. bila dia dh start main kotor, ko pun start r main kotor"

tgk, kotor sungguh kan kata2 aku ni. terang2,, nampak sangat api dendamnya. hi3.jgn..jgn dibuat...

berkawan biar ikhlas...give more but please expect less. konsep tu kena pegang elok2. ikhlaskan hati dalam sesuatu perhubungan, sekiranya berlaku apa2 di kemudian hari, tak de lah rasa sakit hati sangat.ngeh3.

Kalaulah berlaku sesuatu dalam perhubungan ukhwah sesama kita. pikir satu je beb, Allah jadikan orang di sekeliling kita ada sebabya yang pasti ada hikmahnya. Peringatan buat diri ini juga.

so ayuh kawan2 kita positifkan diri kita. Masih belum terlambat!=)

Tertinggal bas.

"Alamak!! tertinggal bas!tak apalah kita tunggu next bas.". Mudah,  jalan mudah yang biasanya akan diambil oleh sesetengah or mungkin sebilangan orang. "nak cepat2 pun buat apa, tak lari gunong dikejo" . gitu jawabnya...mudah bukan...x perlu nak rumit2 poning palo bagai...MUDAH.

aku sendiri mengaku bahawa aku pun tergolong dalam sebilangan orang tersebut. mungkin ada yang kata " ala be postive bro!" .ok2. boleh lah bolehlah. be +ve...

+ve mendenye? dah kau sendiri yang silap...setakat tinggal bas tu ko boleh kata...xde hal?wey rugi wo!!ko tahu x rugi! knp rugi??sebab:-

Ani si Anak: Lapar lah mak
Puan Emak: Ani... tlg belikan mak santan. Mak nak masak kari ni ha...lupa plak nak beli tadi. (skema sungguh Puan Emak)
Ani si Anak : ok mak.

30 minit kemudian....

Puan Emak menjengah ke bilik Ani si anak. Ani si Anak sedang bersiap2.

Puan Emak: Ekau ni Ani, Lamo beno bersiap nye hah. Ape ke dibueknye. Omak dah setat nak memasak ni ha, ekau x gerak2 lagi. bila lah gamaknya kari mak nak siap nak ui~~~

See! 30 minit,,,,berlengah2, bermake up lah. tukar2 baju lah. bermesej2lah, berkoling2lah. itu lah ini lah. what??g kedai beli santan je kut...perut?perut dah bunyik2 dah...tadi kata lapar. tapi lambat2 nak g kedai. bila ke nak kenyangkan perutnye??oye...

so situasi ini jelas nyata dan terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa sikap berlengah2 itu tidaklah membawa sebarang kebaikan pun..maka apa tunggu lagi...kejayaan menanti di depan mata, knp lmbt bergerak?

lambat bergerak maka lambatlah mencapai kejayaan. orang lain dah berjaya kita masih di takuk lama...apa??konteks berjaya tu subjektif? lex3...ingat...bekerja bersungguh2 wey, ibarat hidup selama2nya...beribadat lah seikhlasnya ibarat esok kita dah tiada.zup!!(lari kencang).cepat2! kalot r.

                                                    sumber: link pak cik google
nota NBY: eh nad cepat!! koje ko xsiap lagi ni ha..berlengah2!berlengah2!

Ahad, 10 Mac 2013

lost

Kepercayaan. Sekali aku dah hilang kepercayaan kat seseorang sampai bila2 aku x akan percaya pada dia.mungkin hati aku keras sangat tapi apabila kepercayaan dikhianati setiap kata2 yang terkeluar dari mulut individu yang terbabit sikit pun aku dah tak percaya. lebih2 lagi ada individu yang cuba memperkotak - katik serta memandang rendah keluarga aku. ntah. kemungkinan besar aku dilahirkan dengan jiwa yang sgt sensetif dgn ini. bagi aku, aku boleh je berkwn or bersahabt dgn sesiapa tp aku x boleh berkwn dgn org yg rasa diri mereka terlalu hebat berbanding org lain. dan mereka seolah-olah tahu segalanya.

Aku x boleh nak terima nasihat dari org yang sebegitu. bagi aku mereka tu semua berlagak hebat. sbb mereka tak pernah nak dengar pandangan org lain. kecoh dgn segala perancagan kononnya merekalah yang menetukan segala-galanya. mungkin ini salah satu dari sesi gelap diri aku.

aku dah serik dipandang hina. oleh orang luar ataupun bukan. serik dan memang serik. bagi aku, aku hidup untuk membangunkan keluargaku. puas aku dah rasa puas dengan kata-kata penghinaan, cercaan dan juga pandangan jijik yang mereka lontarkan pada keluargaku.

kata-kata perli, hina, pandangan rendah mereka kepada aku, kakak aku, adik aku, mak aku dan bapak aku.sampai bila aku nak biarkan? agak2 x sakit ke hati korang kalau keluarga korang dbuat mcm tu? ada masa dan ketika aku rasa nak sj aku bawa keluarga aku jauh dari hidup bermasyarakat. sampai ke tahap itu aku rasa. betapa tingginya tahap sensitive aku.

mungkin pglmn lepas menjadikan aku begitu kejam. oh tak adil plak nk menylhkan pengalmn lepas. ngeh3. aku lebih memilih untuk menyendiri dari bergaul dgn individu2 yang berkenaan. pertamanya aku x nak rasa sakit, aku nak yang lepas tu bio lepas.aku nak lupakan sgalanya. itu shja yang aku boleh buat.

kadang2 terpikir aku.knplah aku ni jahat sgt. aku mcm dah xtahu apa itu keihklasan. aku tgk  kt sekeliling aku ni tak ada yang nmpk ikhlas. bila situasi ungkit mengungkit tu berlaku, aku mula mempersoalkan keikhlasan mereka. sampai aku sendiri rasa, dalam diri aku ni ada keikhlasan kah?

Ahad, 6 Januari 2013

putih kuasa tiga

Salam Ahad kalian,

lama sudah tidak menggerakan jari untuk menaip post di blog ini. menjelang hari ini dah hari ke - 6 dalam tahun 2013. selamat tahun baru semua. moga tahun baru ini menjadi kan kita lebih baik dan lebih matang berbanding2 tahun2 sebelum ini. masuk tahun ini usia NBY bakal menginjak ke angka 2.....4...oh..usia meningkat, apa perubahan yang NBY dah buat untuk diri NBY dan yang berkaitan dgn NBY?ngeh3.

ketika ini NBY berada di kg tercinta, mana lagi kalau bukan sabak bernam my hometown. sejak bulan 11 tahun lepas setiap kali balik kampung NBY dah start mencari anak2 si Putih. ya Putih si kucing. NBY rasa x pernah mencoret kisah si Putih dalam blog ini. yang pasti rumah NBY kini telah mempunyai kucing beserta anak kucing setelah kematian combi kucing kesayangan kakak NBY.

best jugak rasa melihat telatah anak2 kucing ni. walopon mereka suka sgt membuat baja merata2 tempat di depan, bwh tangga, tapi bile tgk balik telatah mereka mmg geli hati. ngeh3.


anak- anak si putih di awl usia kelahiran sangatlah berat sehingga nak berjalan pun mengesot2. kaki lemah kot..

port terbaik untuk tidur..(kasut NBY gak jd mangsa.isykh3)
 tempat tidur terbaru dalam enjak kuih.ngeh3
santai si putih sambil menunggu putih junior  merosakkan pokok bunga mama  NBY

tamat.