Selasa, 3 September 2013

Hujan Turun Lagi

Hujan turun lagi. membawa terus lamunanku ke kampung halaman. argh jgn kira hujan x hujan, memang sepanjang masa rindukan kampung halaman.

baru ahad lepas pulang ke bangi dari sabak bernam. sepanjang perjalann bersama kakak, teman membesarku, aku ralit dibuai angan-angan yang ingin nekad ku jadikan kenyataan.

perjalanan petang itu sungguh mencabar. perjalanan yang biasanya memakan masa paling lewat 2 jam setengah kini mengambil masa 4 jam. dengan skil pemanduan kakak ku yang masih lagi diasah, perjalanan yang  rasa begitu lama akhirnya menyebabkan dia mengalah. mengantuk katanya..

tapi tidak mengapa itu tidak menjadi masalah memandangkan itu hanya secebis kenangan untuk dikenang.

lamunanku kembali ke kampung halaman. mengingat kembali angan2 yang mahu dilaksanakan.

kata-kata mamaku terngiang2 melintas di telinga. membisik2.sayup2 kedengaran..

mama... jgn risau. kerana abah dan mamalah adanya anak2 mama dan abah sekarang.

insyaallah. anak mama ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

"Sihat sebelum sakit - Muda sebelum tua - Kaya sebelum miskin - Lapang sebelum sempit - Hidup sebelum mati"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan