Jumaat, 31 Mei 2013

Please Jangan.

Ya..Please Jangan Mengeluh!

Ramai orang mengeluh dengan manusia di sekelilingya. Bagi kebanyakan mereka, orang2 di sekeliling amat sukar difahami. Asyik kita saja nak jaga n faham mereka. Balik2 kita yang mengalah. Hati jadi sakit. Emosi jadi tak stabil. Nak marah kang jadi gaduh besar. Maka lebih baik berdiam diri dan makan hati.

Sedih sekali bila perasaan dipendam dan x dapat diluahkan. Aku sendiri mengaku aku juga mengalami dilema ini. Banyak kali dah aku terkena. Dan banyak kali rasa disakiti. Tapi aku sendiri mengambil langkah positif. Mudah. Tak perlu nak pening.

Kita berkawan macam biasa saja. Berkawan kerana Allah. Bukan kerana apa2. Kadang2 aku ada jugak main jahat. Kakak aku misalnya baik sangat manusia bagi aku. Aku rasa dia antara manusia yang tahu cmne nak handle aku. Itu tak bermaksud kakak aku takutkan aku tidak, tapi dia sebenarnya lebih tahu mcm mana nak senyapkan aku. Ye r aku kan jenis yang agak jahat orgnye. Ngeh3.

Ada masa berdua, aku akan sembang2 kosong bercerita tentang itu dan ini. Ada masanya kami berkongsi pengalaman tenatng perhubungan ukhwah. Tiba masa tanduk aku dah muncul aku akan mula membisikan kata-kata jahat kat kakak aku.

"Sis lex r sis. kwn biasa2 je. ko jgn expect lebih dgn kwn ko.Selagi dia buat baik ngn ko selagi itulah ko buat baik ngn dia. senang. bila dia dh start main kotor, ko pun start r main kotor"

tgk, kotor sungguh kan kata2 aku ni. terang2,, nampak sangat api dendamnya. hi3.jgn..jgn dibuat...

berkawan biar ikhlas...give more but please expect less. konsep tu kena pegang elok2. ikhlaskan hati dalam sesuatu perhubungan, sekiranya berlaku apa2 di kemudian hari, tak de lah rasa sakit hati sangat.ngeh3.

Kalaulah berlaku sesuatu dalam perhubungan ukhwah sesama kita. pikir satu je beb, Allah jadikan orang di sekeliling kita ada sebabya yang pasti ada hikmahnya. Peringatan buat diri ini juga.

so ayuh kawan2 kita positifkan diri kita. Masih belum terlambat!=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan