pengalamanya sebagai anak malaysia yang lahir sebelum kalimah merdeka dilaungkan.
abah bukan pejuang yang gagah perkasa berlawan dengan penjajah.
namun abah punya cerita yang menarik utk dikongsi.
pengalaman abah itu memang unik. sambil mendengar cerita abah. aku sibuk membayangkan watak2 dalam penceritaan abah di dalam kotak mindaku.
kisah abah membesar dahulu.
abah kami memang nakal ketika dulu.
nakal x nakal. yang pasti pernah juga terputus ekor kucing. itu kisah lain. tidak sengaja. dan bukanya disengajakan.
pernah juga abah mengejar anjing2 ketika muda dulu. ye mengejar anjing2 dengan senjata batu di tangan.
itu permainan abah ketika membesar.
ketika kalimah keramat merdeka ingin dilaungkan.
tumit kaki abah terlebih dahulu terputus. disapunya dengan serbuk kopi. dibiarkan sebati. sudahnya bercantum kembali tumit kaki abah. ya itu sejarah abah ketika 31 Ogos 1957. kini parutnya masih jelas kelihatan.
abah memang punya banyak cerita utk dikongsi bersama. itulah salah satu cerita abah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan