Jumaat, 31 Mei 2013

Bangun

Aku sentiasa percaya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Ya aku percaya itu.

Allah Maha Adil. Menjadikan hambaNYA tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Sama. Cuma yang membezakannya adalah Usaha. Kalau kita nak lebih kita kena usaha lebih. Maka aku x fhm kenapa konsep cemburu dan rasa rendah diri itu boleh muncul.

Zaman sekarang org menilai

"Budak tu selalu naik pentas terima hadiah setiap tahun. Pandai budak tu..tak macam aku. loser giler rasa diri ni, rasa sia2 je hidup"

"Gaji besar dia tu,,,kereta besar, rumah besar, semuanya besar2 lah...aku ni sapalah sangat, poket pun kempis, lau nak beli barang branded mmg bukan aku lah. aku mmg dilahirkan begini"

Dlm masyarakat kita kebanyakannya orang2 yang kaya,mewah, pandai dan yang seumpamanyalah yang akan disanjung2 dan dipuja2. Bagi mereka2 yang kurang akan disisihkan serta diejak. Kalau iman dan mental x cukup kuat, boleh haru jadinya. Perkara-perkara macam ni lah yang akan membibitkan bunga2 cemburu, hasad dengki, rendah diri dan sebagainya...

Mentaliti mcm ni lah yang kita kena ubah. Kejayaan bukan diukur dgn melihat kepada ciri2 sperti di atas sahaja. Kejayaan perlukan usaha beb. Usaha jangan Malas. Kita kena ada matlamat, bila kita capai matlamat kita tu kita dah cukup berjaya.

kita x boleh sisihkan diri kita dan anggap kita tidak akan berjaya. kita tetap manusia sm mcm mereka.Kita dilahirkan kerana bersebab. ya dengan sebab yang berguna. Kita ada kelebihan dan kita kena cari sendiri kelebihan itu. Tak kiralah berapa lama nak cari, tapi jgn sesekali putus asa.

Andai kata kita telah berjaya mencapai matlamat kita dan kita tgk ada org lain di bawah kita yang dikatakan gagal oleh masyarakat. Please jgn sisihkan mereka. bantu mereka untuk sama2 berjaya seperti kita. andai mereka dengki dgn kita, dekati mereka dan selami perasaan mereka. mereka perlu dipositifkan supaya mereka juga akan berjaya.

percayalah hasad dengki tak akan bawa kita ke mana-mana. maka jom..


NBY: Buat kakak and adik ku..Ayuh! Wake up and smell our glories~~~~~~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan