Khamis, 22 November 2012

Plastic Recycling Code (PRC)

PRC. Pemende tu? Ha korang jgn buat-buat tak tahu. pernah tak korang amik tahu apa maksud segitiga beranak panah siap bernombor bagai yang terdapat pada botol plastik yang korang guna? Apa tak fhm...ala segitiga yang ada sign cm gini..


hah pernah nampak? nampak no 7 tu..danger wo!siap kaler mearh lagi. 1st2 time dulu NBY rasa sign ni menunjukkan berapa byk kali botol/bekas plastik tu kita boleh guna pakai. tapi ketika mana NBY teguk air kat botol tupperware NBY, perasan ada lmbg tu, siap ada no 5 lagi. Terdetik kat pale otak NBY. xkan 5 kali je NBY ley gune botol ni. Cam x berbaloi. Beli mahal...rupanya NBY terslah tafsir.

NBY pon google dan jumpa satu penulisan blog.kalau korang  nak tahu lebih lanjut tentang nombor2 ni..ley baca kat sini atau boleh rujuk terus kat sini.

Hasil pembacaan sepintas lalu NBY, NBY dapat rumuskan plastik yang sesuai digunakan ialah yang terdapat no 2,4 dan 5. alhamdulillah seb bek botol tupperware ni sesuai digunakan. kepada para pembaca sekalian semak2 bekas mknn minuman korang. Mana yang didapati x sesuai tu elakan guna, terutama botol2 susu anak2 kalian. tq kerana membaca. \(^^)/

Rabu, 14 November 2012

Coretan

Sepi.
Burung-burung asyik mengalunkan lagunya. 
Terbit sang suria terang menyilau mata.
Indah. Sungguh indah.
Langit yang semalamnya mendung kini cerah.
Pantai yang sebelum ini berkocak kini tenang menyapa sang pasir.
Sayup.
Pelangi kini telah muncul.
Tidak perlu lagi dinanti.
Cantik megah menghiasi langit.
Langit pula kini mula membiru.
Dipotretkan bersama lukisan awan yang cukup berseni.
Angin yang bertiup kencang kini sudah tenang.
Damai.
Semuanya kerana DIA.
Allah Yang Maha Berkuasa.

Ahad, 14 Oktober 2012

Cerekarama : Salahkah Aku.

Salahkah aku? gamaknye nilah tajuk cerekarama td. persepsi pertama kami, drama ni mcm  x best je.xtaulah knp. mybe hari ni mood  kami adik beradik nak tgk drama komedi. namun, memandngkan tiada siaran lain yang boleh ditonton maka kami menontonlah drama tersebut.

jarang sekali NBY mengulas tentang drama. namun ntah kenapa rs tertarik untuk mengulas drama ini. bagi NBY garapan drama ni nampk kurang kemas, jln cerita spti terburu-buru. namun still nice. ada idea tp x berapa tercapai.pdpt NBY je.

drama mengishkan psgn suami isteri yang berlainn halauan. sang suami (Adam) peguam syariah yg begitu tekun nak berzuhud. sang isteri (Alysa) juga peguam namun bebas hidup bersosial. st kisah yg menarik apabila Adam cuba mengubah Alysa dgn cara mengikut rentak Alysa setelah pelbgai cr Adam gunakan untuk mngjk isterinya ke jln yg lurus tak tercapai.

maka ikutlah Adam dgn cr hidup sosial isterinya. mula menjejak kaki ke club, beramah mesra dgn pelayan2 wanita namun pd ms yg sama si Adam ni sbnrnya berdkwh di dlm kelab tersbut tnpa pgthuan si isteri. Alysa mula berubah bila mana Adam berubah. yup Alysa berubah- berubah mjdi baik, namun konflik timbul apbila timbul syak wasangka antara kedua2nya.

jln penyelesaian diambil bila mn mereka membuat kptusan untuk berpisah sementara. yg lawaknya, Adam sbnrnya berpeluang untuk menyelesaikan konflik tersebut, tp NBY x fhm knp mesti tggu sehingga hari jadi si wife br r si Adam nak jelaskn sgla2nya. NBY x nmpk halangan yang wujud atau dlm erti kata lain, kalau dia jelaskan tnpa menunggu birthdy isterinya pun xmndtgkn apa2 kesulitan atau kemudaratan bg pihak yg terlibat.owh mgkin nak bg surprise kowt...err..atau dia susah nak tgglkn gy hidup sosialnya..erm...yeke?

stlh berminggu2 berlalu merka berpish barulah Adam dtg ke rumah mak mentua nya nak jemput Alysa.mohon maaf...mcm tulah..namun Alysa berdegil xnk keluar. dn NBY xfhm knp...keluar je r.xpasal2 Adam kene sound dgn mak mentua dia. Alysa mkn hati kot.MAYBE..

lepstu si ibu mertua plak, dok discuss2 ngn bp mertua dia...you perasan tak anak kita dh byk berubah?what?? bapa Alysa ckp apa yg berubah...sm je ada mata,hidung mulut n bla2....skali lagi what? mak aih...punye berminggu2 anaknya tggl ngn meke, br mlm tu dia nak discuss??atau mgkin suaminya BZ sgt, outstation mungkin~ dan mngkin keBZnya terlampau sgt, smpai x nmpk anak nya dh berubah pkai tudung bgai...mungkin..

leps tu mlm birthdy Alysya, Adam dtg lagi,,,merayu2 dgn mak mertuanya nak jumpa Alysya.tp mak mertua x bg.... siap bg tahu lg yng mak mertuanya nak kenalkan suami baru Alysa. lucunya...tyme nak kenalkan suami baru tu..mak mertua dia dok announce r...perkenalkan bakal menantu terbaru ai...skali yg masuk Adam dok menari2 dgn kwn Alysa..rupe2nya bakal suami baru ALysa tu, dh kene kurung ngan pekerja  Adam dlm tands..kene ikat bgai...ok, yg lucunya...Alysa masuk, tutup radio semua..then terus dtg kat Adam...Abang, saya berubah kerana Allah bukan kerana Abang....Alysa ckp mcm ni sbb Adam pernah mempersoalkan perubahan Alysa...sbb tu Alysa dtg2 terus ckp mcm tu kat Adam...korg tahu apa yg lwknya??yg lwknya...Adam boleh kata "hipokrit!" lepastu terus meluru keluar dr majlis...Aduyai..tadi dia yg beria-ria nak jumpa Alysa..bila Alysa dtg, dia plak marah ALysa, siap ckp Alysa hipo...then terus kuar...NBY betul2 x fhm...

Atau mgkin Adam wt gitu sbb Adam kecewa kot ngn statemnt mak mertua dia, yang mak mertua dia dh ada calon penggati untuk Alysa andai ditakdirkan Adam bercerai dgn Alysa kowt..MAYBE...

pengakhirn citer pun x bp nak kemas. xnk citer r apa endingnya..korg tgk r sendiri..hi3...tp just nice citernye..ok r, mybe lau diolah dgn lebih kemas, ceritanya pasti lebih menrik dan logik...apa2pun ada juga usaha pihak produksi untuk kuarkan drama, lau x mesti sunyi mlm2 sbtu kami. ya hnya pendpt NBY scra individu..pdpt peribadi. bukan sng nak wt drama o~ya kita bukan boleh puaskan hati semua pihak kan?=) maaf andai ada yg tersinggung dgn penpt peribadi NBY. ada kemungkinan, NBY jnis yg lmbt nak phm jln citer melayu..smmgnya NBY xde ilmu pon dlm bidng drama2 ni..apa2 pun tahniah atas usaha yang dilakukan. =) just nice.



Khamis, 11 Oktober 2012

Tak perlu kata apa - apa

suka tak suka tak perlu kata apa-apa...
 
LAU SUKA
 
 
SENYUM..then tersengih2 macam kerang busuk...
 
 
LAU TAK SUKA....
 
pun xperlu kata apa2 just..

senyap je...Iyekan je
 
tapi kalau antara SUKA DGN TAK SUKA
 
just BE NATURAL....
 
tapi suke ke tak suke ke...yang penting...
Hidup mesti GEMBIRA!!
buatlah apa yang korang nak buat..
just be yourself...
cuma yang buruk tu perlahan2 kita tinggallkan..
yang baik tu maintankanlah...
lau boleh jd lebih baik..lagi bgus..
 

Rabu, 10 Oktober 2012

Datang dan Pergi

Peredaran zaman...

 Tadika

Sek Rendah
 
Sekolah Menengah
 
 
Matrik
 
 
 
budak tanjung..aku xbw gmbo ko mek..letak gmbo ni sesuai kan2?hak3
 
 
Zmn U....Membe2 kolej

 
Lepas Degree..
 
 
Sikalang~
 
 
 

Video Pertama di Youtube

Sdg godek2 tadi terjumpe satu info menarik yang tak pernah terlintas dek pale otak NBY sebelum ni. Pernah x korang terfikir apakah video pertama yang diupload ke dalam youtube? atau korang semua dah tahu awal lagi??hi3...btw, NBY baru tahu tadi bhw 1st video yang diupload ke dalam youtube adalah video di bawah berjudul me at the zoo.

 
agak2 apakah komen yang mula2 ditulis kat youtube ek?hi3.

friend


Sabtu, 25 Ogos 2012

Raye2~

Warna - warni di Aidilfitri.

Salam Aidilfitri semua~ Hari ini masuk hari ketujuh syawal. NBY tidaklah beraya sakan tahun ni, seperti kebiasaan, menanti kunjungan sedare - mare, kengkawan, alhamdulillah tahun ni berkesempatan juga membawa pamili g bebrapa buah rumah sedara.. Rezeki dari Allah, Alhamdulillalh.

Tahun ni juga berkesempatan menghadiri majlis perkhawinan kawan sekolah. Dapatlah satu undangan kawen dari kawan yg lain.hi2. Di usia2 begini ni rasanya normal kalau ada dari klgn kwn2 NBY mendirikan rumah tangga. Ada juga kwn2 yg telah menimang cahaya mata. Alhamdulillah~

Itulah dia, zaman sekolah dulu bukan main nakal, tebuk dinding sana sini, siap kena gntung sekolah/asrama bagai...tak sgka plak dah dewasa masing2...dah menjadi ayah dan juga isteri org juga. tahniah buat kwn2.

Hi3 rasa mcm comel plak. Ye lah mcm kwn NBY dari kecik ni dulu. Dari abang smpai ke adik bongsu, kita org memang rapat. Taman sepermainan masa kecik dulu. Main batu seremban, gasing, galah pnjang dan mcm2 merekalah kwn NBY and kwn kakak NBY jg. Duduk berjiran, kira adatlah tu ye dak? Tak lama kemudian mereka berpindah...

Beberapa tahun kemudian, mereka sekeluarga datang beraya. Masing2 dah besar. Segan juga nak bertegur sapa walhal mereka dulu lah kwn paling rapat NBY. Mungkin sbb dah lama x bersua muka. Ecehceh. Ye dulu mereka datang bersendirian, 2 tahun kemudian mereka datang lagi, kali ini mereka dtg bawa suami n isteri masing2.. pakej juga dgn anak2 mereka. Ecehceh...comel je rasa. Terasa diri dh dewasa juga bila tgk mereka dh ada keluarga sendiri, tiba2 rasa malu pd diri sendiri, perangai msih budak2 lagi. Huwaha3.

Itulah dia namanya putaran kehidupan. Di usia begini mungkin usia yg sesuai utk membina keluarga, selepas itu membesarkan anak, tak lama kemudian akan menjalani usia mak pak kita pula. ye dak? Cntik sungguh urutan kehidupan, kelihatan teratur sungguh. Kuasa Ilahi..~

Ok lah dikesemptan ini, NBY nak ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir n Batin...=)

Ahad, 22 Januari 2012

mama dan abah

usang. itulah keadaan rumah ku yang tidak mempunyai bumbung. aman. itulah perasaan yang kurasa pada masa ini setelah lama ditagih. kasih itulah rasa yang membesarkan aku selama ini.

sabak sudah aku ketika ini. jumaat lepas baru pulang dari bangi, dijemput oleh abah masih lagi dengan sebuah moto kriss biru. suasana seperti dulu masih sama tidak berubah, tapi rasa kasih itu semakin bertambah.

ku salami tangan abah yang berkedut ketika beliau tersenyum menyambut kepulangan ku di depan pintu bas. setia menanti sang anak di bawah titisan hujan yang membasahi tubuhnya. aku turut basah, lekas ku menyalami abahku. beliau tersenyum, senyum seorang abah yang terus menghilangkan rasa penatku berkejar2n untuk ke pudu sebentar tadi.

dalam perjalanan pulang, muka sakit bertimpa2 dihujani air langit. bebrapa minit kemudian, tibalah aku di laman rumah. anak kampung yang berjauhan dengan keluarga. lantas ku berlari sambil mengangkat beg terkinja2 menjerit "mama~~~~~~~~~~~" walaupun usia ku bakal menjangkau 23 tahun, namun sifat keanak2ku masih tidak hilang. tetap aku masih manja dengan mama dan abahku. ku jerit dua kali memanggil mamaku..tidak bersahutan...

mulalah aku merengek mengeluarkan kata2 senada merajuk..."mama tak rindu kita ke??" ku jerit kuat2 setelah 2 kali sahutan ku tak berjawab. ku toleh pantas ke wajah abahku. senyuman meniti di bibirnya."rindu~~" tiba2 aku terdengan suara mamaku. aku tersenyum dan berpaling  ke dalam rumah....ku lihat berkejar2n mama ku dari dapur. basah tanganya. lantas terus dia memeluk serta mencium wajahku..hatiku terusik. wajah mamaku semakin dimamah usia. 

ku tersenyum. ku lihat wajah mamaku sebak. "mama sihat?" lantas ku bertanya padanya. "tak sihat...baru bangkit demam" beliau menjawab dalam keadaan cuba menahan sebak di dada. aku xpasti apa tujuan sebak yang menselubungi mamaku itu. aku lantas meletak kan beg pakaianku. ku toleh wajah tua mamaku...ku lihat beliau mengesat air mata. 

hatiku tersentuh. terima kasih abah. terima kasih mama kerana menyayangiku....




bicara tentang cinta " cinta itu pahala bukan bala"

nby akui nby memang xde pengalaman bercinta. bukan nby nak nafikan hak fitrah manusia untuk bercinta,tapi bagi nby masih terlalu byk benda yang perlu nby capai sebelum nby boleh bercinta. nby bukan seorang yang kolot. terpulang pada hak masing2,bercinta tu tak salah, iu fitrah manusia.

tersentap bila seorang adik mengutarakan suara seolah-olah nby ni kolot dalam mengenal apa itu cinta.budak mentah itu nby lihat seolah2 mudah melatah pada usia remaja.masih muda dan belia, boleh bercinta, tapi nby kira silap kerana tersalah langkah mengemudi sebuah percintaan.
cinta itu ibadat andai ia dilorongkan ke jalan yang benar.kerana cinta yang tulus dan suci lah akan mendekatkan diri kita kepada Allah. cinta berlandaskan syariah adalah lebih indah daripada cinta berlandaskan nafsu.

sekali lagi nby tak katakan bercinta itu salah. cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami bukan satu dosa.cinta ibu bapa kepada anak dan cinta anak2 kepada ibu bapa, tak kan masuk neraka kalau cinta ini dipertimbangkan. tapi andai cinta itu berlandaskan nafsu,berajakan syaitan itu mungkin satu dosa.

apa yang membezakan antara cinta yang membawa pahala dan cinta yang mengundang bala?jauh bezanya andai permulaan nya pun silap.

kata-kata seorang adik yang kononya berfikiran terbuka dalam aspek percintaan. "saya rasa bercinta tu tak salah selagi kita mampu mengawal" 

dik...ada ke akak ckp bercinta tu salah? dan dari aspek apa adik mengatakan adik pandai kawal perasaan cinta? adakah konsep kawal tu dari segi adik tak pernah jumpa pakwe adik tu maka mampulah adik mengawalnya?itukah yang adik katakan adik mampu mengawalnya? sedangkan hari2 dok mesej berkasih sayang yang mana mesej tersebut lebih didorong oleh nafsu yang berajakan syaitan? itukah yang adik katakan kawal? andai luahan mesej berbaur kotor itu setiap hari mengusik jiwa mu?itu namanya kawal dik???

diungkapkan kata sekali lagi "love is not criminal kak..."

dik...ada akak cakap bercinta itu satu jenayah dik?ada??tak da dik,,memang bukan satu jenyah...tapi adik kene tahu banyak kes percintaan mengundang kepada jenayah...fikir tu dik...lihat berita masa kini, adik kan kononya matang...adik mesti tahu kes rogol, bunuh, cemberu sgla bgai tu berpunca dari mana dik?kebanyakannya permulaan nya adalah sebuah percintaan dik...sbb apa dik? sbb cara bercinta tu salah dik...salah...

maka diungakapkan kata soalan " owh...habis tu macam mana cara bercinta yang betul?"

cara yang betul dik??ho3..pada usia adik ni, cara yang betul nya ialah...cintailah ibu bapa adik beradik adik terlebih dahulu, cintai Allah sang pencipta dan cintai diri adik sendiri.contohi Rasullah dalam percintaan, bagaimana baginda bercinta..lihat dan selami betapa tulusnya serta ikhlasnya kasih dan cinta Muhammad s.a.w pada Illahi, betapa mendalamnya cinta baginda pada Khadijah barulah adik tahu bagaimana cara cinta yang sebenar.

jangan cepat melatah dik. jangan mudah rasa ketinggalan kerana adik tak dapat bercinta sesama ajnabi, jangan mudah cemburu melihat kawan2 adik yang lain asyik bercinta..jangan itu cuma tipu daya saja dik..tipu daya

sekiranya adik betul2 dah bersedia untuk pikul tanggungjawab, dan tahu mana betul mana salah, kenal sapa diri adik, dan adik tahu apa tujuan adik dilahirkan di dunia ini, maka bercintalah,,,akak tak larang...cinta itu fitrah manusia, akak tak berhak untuk nafikannya.cuma niat untuk bercinta tu biar betul bukan sebab nak seronok je dik. tak ke mana...kalau sebab nak seronok je,itu semua sementara.

cinta itu amanat dik. tanggungjawab yang perlu digalas dik. bukan hanya sandaran dik dan bukan ibarat pakaian yang boleh ditukar setiap masa. cinta itu tulus suci dik, cinta itu menerima dan memberi...cinta itu indah andai caranya betul. seandainya adik sakit kerana cinta, perit kerana cinta itu bukan cinta yang sebenar dik. cinta itu menenangkan.

sekali lagi akak nak ingatkan,cinta itu pahala bukan bala.


pesan kakak

adik2 zaman2 sekarang.jgn terlampau leka dengan nikmat sementara di dunia ini.sila jangan pilih lorong yang salah. usia mu masih muda.usia mu adalah permulaan untuk kamu melangkah ke alam dewasa. jangan silap pilih lorong yang akan membawa kau ke masalah yang cukup besar.

masa ini,ketika ini adalah usia untuk kamu belajar bukan bercinta. no3! akak bukan nafikan hak kita sebagai manusia untuk bercinta, cuma belum tiba masanya untuk kamu seusia mudamu untuk bercinta. jangan cuba singkatkan usia mu untuk terus menjadi orang dewasa.jangan salah pilih jalan hidup.

adik2 ku,sila jangan nafikan ujian Allah itu ada hikmahnya.jangan nafikan sama sekali kehebatan dan kebesaran Illahi.jangan cuba untuk meninggalkan keistimewaan mu sebagai seorang islam.

kita manusia sama sahaja,dikurniakan oleh Allah akan akal yang menjadi pembeza dimana ia satu kelebihan,  benteng antara kita dengan makhluk yang lain.tekanan yang kau hadapi,dugaan yang kau tempuhi adalah silap sekiranya kau jadikan ia pematah semangat.silap dik silap!bangunlah.

akak tak katakan berjaya dalam akademik itu adalah pengukur bagi kejayaan hidup seorang insan. tidak!ia bukan faktor utama dik,bukan~tapi berjaya dlm akademik tu satu tiket untuk bawa kau ke jalan yang lebih mudah dik.itu sahaja.

mungkin kau terlalu mentah sehingga kau cepat melatah dengan tekanan yang kau hadapi.tapi ingat dik, kau punya ayah,kau punya ibu, kau ada adik beradik, hidup kau x akan sunyi. dan kalau kata kau sunyi, tiada sapa yang mahu mendengar.kau silap dik,silap.Allah ada dik...jangan jarakan dirimu padaNYA. Allah maha mendengar dik, mengadulah padaNYA, dia yang menciptakan segala sesuatu di dunia ini. dia yang menciptakan kau,dia yang mencipta masalah buat kau,dan dialah penyelesai masalah terbaik buat kau.jangan nafikan kewujudan dia dik.jangan...

tak ada benda mustahil di dunia ini dik.sekiranya Allah benarkan perkara mustahil itu berlaku, ia bukan lagi mustahil dik.sekiranya Allah berfirman kunfayakun...maka jadilah dia dik, benda mustahil pasti tidak akan mustahil lagi.kalau dulu pasti orang beranggapan mustahil besi boleh diterbangkan dik, mustahil besi boleh terapung dik...tapi sekarang, beribu2 malah berjuta2 kapal terbang yang terbentuk dari besi itu boleh terbang kat udara, boleh terapung di udara dik....benda tu mustahil pada masa dulu dik. tapi sekarang tidak...sapa kita untuk menilik masa depan dik? yakinlah tiada benda mustahil kat dunia ni.

kau kata mustahil kau akan berjaya, mustahil kau boleh bangkit, mustahil bagi kau untuk hadapi tekanan tu dengan betul, kau kata mustahil. tetapi akak yakin semua itu bukan mustahil, sebab kita hamba Allah. sekali Allah kata bende tu tak mustahil, ia bukan lagi mustahil dik, bukan lagi....

bangunlah dik, jangan silap pilih langkah.pada usia mu ini, kau hanya perlu belajar, belajar dan belajar. bukan masa untuk kau bercinta, bukan masa untuk kau berfoya2...bukan masa nya lagi.kau masih di bawah umur dik.masih di bawah umur, dan mereka seusia mu adalah seorang anak dan pelajar yang wajib turuti perintah ayah ibu yang wajib jalankan tanggungjawab sebagai pelajar, bukan orang dewasa. itu sahaja.mudah.

jangan fikir akak hanya tau cakap, dan senang saja akak bercakap.silap cara kau pathkan kata2 akak ni dik silap. kau jangan lupa dik, akak terlebih dahulu tempuh usia mu sebelum kamu dik.ingat tu....

ingat dik,kita hamba Allah....syukur kita dilahirkan islam,jangan sama sekali nafikan nya....jangan mudah melatah pada usia remajamu,nikmatinya dengan jiwa yang tenang,jiwa sebagai hamba allah..itu sahaja.

Sabtu, 21 Januari 2012

hilang.

mencari diri.keliru.usia semakin menganjak ke usia 23 tahun november ini, tapi masih lagi terasa seperti hilang haluan hidup. ada masa dan ketika akan berasa kehilangan,lost, dan tanpa keruan.

mungkin pembawakan diri yang berbeza mengikut situasi dan keadaan membuatkan diri ini lost dan lost.kadang2 rasa keyakinan diri itu dirasakan semakin berkurang, setiap hari akan kurang kurang dan kurang. sendiri masih terasa pelik mana perginya semangant yang dulu membara.

berkecamuk. secara teori nya semua orang tahu.macam mana nak majukan diri,macam mana nak cipta kejayaan diri. tapi keyakinan serta keberanian itu tiada.

mood pun x menentu.kadang ok kadang tak.macam cuaca pada masa sekarang, ada masa hujan, ribut, tenang,mendamaikan, panas,terik....tak menentu dan sukar untuk dijangka.

Jumaat, 6 Januari 2012

Salam 2012

wa....masih belum terlambat kiranya untuk kuucapkan kata2 "happy new year friends!". eceh~ 

rasa rindu teramat utk mengarut pada blog yang dipandang sepi, dibaca hampeh ni~he3...tahun 2011 sudah berakhir...wlpn baru menginjak ke usia yang baru.kedatangan tahun baru ni, membuatkan diri ini seolah2 makin dewasa. eceh~ hilang sudah usia remaja ku namun perangai masih jua kanak2 bawah umur~tak pe awet muda.ha3..

perjalanan di pengakhiran 2011, cukup manis. ada cerita itu, cerita ini, semestinya perkara biasa dlm bahasa abstraknye disebut warna-warni kehidupan...mengajar utk mengenal bhwa tunggul yang dipandang sepi di tepi jalan itu, ada juga gunanya....ha3. dan semestinya stp yang wujud di dunia ini ada peranan masing2. begitu juga diri kita, insan yang lemah.ewah~bertazkirah panjang pulak kita.

di pengakhiran 2011 juga dengan bangganya NBY berjaya menmbhkan koleksi kenalan di muka bumi ini yang ada ketikanya buat NBY merenung dan berfikir panjang. eceh2~he3..bukankah sebuah pengenalan itu menganyam seutas tali persaudaraan?

dok melayan kembali citer hindustan juga di pengakhiran 2011, terpana pada sebuah kata2 aktor yang cukup terkenal "permulaan dan pengakhiran sebuah perhubungan adalah satu ikatan persahabtan"...tidak faham??begini...jgn tanya NBY, susah sekali NBY nak jelaskan...ha3...

di permulaan 2012, juga melayan filem2 hindustan. tertarik dengan tema " someone..somewhere is made for you" ha3...ni diambil dari status seorang kenalan ku yang baru ke kenal di pengakhiran 2011. kata2 yang agak sweet jugaklah kan??ha3.

malam 2012...satu malam yang cukup sepi, udara mlm yang menghembus lembut di cuping telinga, menyentuh redup terus ke dalam hati, seolah2 memaksa utk membawa kembali memori lama, maka terungkaplah ia di bibir. mensharing2 cerita bersama teman, ada kalanya bagus utk motivasi diri kita juga. huwaha3. terskema.maka terpacul lah ayat berbunga2. eh jap3. masa dah time. da~~