nby akui nby memang xde pengalaman bercinta. bukan nby nak nafikan hak fitrah manusia untuk bercinta,tapi bagi nby masih terlalu byk benda yang perlu nby capai sebelum nby boleh bercinta. nby bukan seorang yang kolot. terpulang pada hak masing2,bercinta tu tak salah, iu fitrah manusia.
tersentap bila seorang adik mengutarakan suara seolah-olah nby ni kolot dalam mengenal apa itu cinta.budak mentah itu nby lihat seolah2 mudah melatah pada usia remaja.masih muda dan belia, boleh bercinta, tapi nby kira silap kerana tersalah langkah mengemudi sebuah percintaan.
cinta itu ibadat andai ia dilorongkan ke jalan yang benar.kerana cinta yang tulus dan suci lah akan mendekatkan diri kita kepada Allah. cinta berlandaskan syariah adalah lebih indah daripada cinta berlandaskan nafsu.
sekali lagi nby tak katakan bercinta itu salah. cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami bukan satu dosa.cinta ibu bapa kepada anak dan cinta anak2 kepada ibu bapa, tak kan masuk neraka kalau cinta ini dipertimbangkan. tapi andai cinta itu berlandaskan nafsu,berajakan syaitan itu mungkin satu dosa.
apa yang membezakan antara cinta yang membawa pahala dan cinta yang mengundang bala?jauh bezanya andai permulaan nya pun silap.
kata-kata seorang adik yang kononya berfikiran terbuka dalam aspek percintaan. "saya rasa bercinta tu tak salah selagi kita mampu mengawal"
dik...ada ke akak ckp bercinta tu salah? dan dari aspek apa adik mengatakan adik pandai kawal perasaan cinta? adakah konsep kawal tu dari segi adik tak pernah jumpa pakwe adik tu maka mampulah adik mengawalnya?itukah yang adik katakan adik mampu mengawalnya? sedangkan hari2 dok mesej berkasih sayang yang mana mesej tersebut lebih didorong oleh nafsu yang berajakan syaitan? itukah yang adik katakan kawal? andai luahan mesej berbaur kotor itu setiap hari mengusik jiwa mu?itu namanya kawal dik???
diungkapkan kata sekali lagi "love is not criminal kak..."
dik...ada akak cakap bercinta itu satu jenayah dik?ada??tak da dik,,memang bukan satu jenyah...tapi adik kene tahu banyak kes percintaan mengundang kepada jenayah...fikir tu dik...lihat berita masa kini, adik kan kononya matang...adik mesti tahu kes rogol, bunuh, cemberu sgla bgai tu berpunca dari mana dik?kebanyakannya permulaan nya adalah sebuah percintaan dik...sbb apa dik? sbb cara bercinta tu salah dik...salah...
maka diungakapkan kata soalan " owh...habis tu macam mana cara bercinta yang betul?"
cara yang betul dik??ho3..pada usia adik ni, cara yang betul nya ialah...cintailah ibu bapa adik beradik adik terlebih dahulu, cintai Allah sang pencipta dan cintai diri adik sendiri.contohi Rasullah dalam percintaan, bagaimana baginda bercinta..lihat dan selami betapa tulusnya serta ikhlasnya kasih dan cinta Muhammad s.a.w pada Illahi, betapa mendalamnya cinta baginda pada Khadijah barulah adik tahu bagaimana cara cinta yang sebenar.
jangan cepat melatah dik. jangan mudah rasa ketinggalan kerana adik tak dapat bercinta sesama ajnabi, jangan mudah cemburu melihat kawan2 adik yang lain asyik bercinta..jangan itu cuma tipu daya saja dik..tipu daya,
sekiranya adik betul2 dah bersedia untuk pikul tanggungjawab, dan tahu mana betul mana salah, kenal sapa diri adik, dan adik tahu apa tujuan adik dilahirkan di dunia ini, maka bercintalah,,,akak tak larang...cinta itu fitrah manusia, akak tak berhak untuk nafikannya.cuma niat untuk bercinta tu biar betul bukan sebab nak seronok je dik. tak ke mana...kalau sebab nak seronok je,itu semua sementara.
cinta itu amanat dik. tanggungjawab yang perlu digalas dik. bukan hanya sandaran dik dan bukan ibarat pakaian yang boleh ditukar setiap masa. cinta itu tulus suci dik, cinta itu menerima dan memberi...cinta itu indah andai caranya betul. seandainya adik sakit kerana cinta, perit kerana cinta itu bukan cinta yang sebenar dik. cinta itu menenangkan.
sekali lagi akak nak ingatkan,cinta itu pahala bukan bala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan