usang. itulah keadaan rumah ku yang tidak mempunyai bumbung. aman. itulah perasaan yang kurasa pada masa ini setelah lama ditagih. kasih itulah rasa yang membesarkan aku selama ini.
sabak sudah aku ketika ini. jumaat lepas baru pulang dari bangi, dijemput oleh abah masih lagi dengan sebuah moto kriss biru. suasana seperti dulu masih sama tidak berubah, tapi rasa kasih itu semakin bertambah.
ku salami tangan abah yang berkedut ketika beliau tersenyum menyambut kepulangan ku di depan pintu bas. setia menanti sang anak di bawah titisan hujan yang membasahi tubuhnya. aku turut basah, lekas ku menyalami abahku. beliau tersenyum, senyum seorang abah yang terus menghilangkan rasa penatku berkejar2n untuk ke pudu sebentar tadi.
dalam perjalanan pulang, muka sakit bertimpa2 dihujani air langit. bebrapa minit kemudian, tibalah aku di laman rumah. anak kampung yang berjauhan dengan keluarga. lantas ku berlari sambil mengangkat beg terkinja2 menjerit "mama~~~~~~~~~~~" walaupun usia ku bakal menjangkau 23 tahun, namun sifat keanak2ku masih tidak hilang. tetap aku masih manja dengan mama dan abahku. ku jerit dua kali memanggil mamaku..tidak bersahutan...
mulalah aku merengek mengeluarkan kata2 senada merajuk..."mama tak rindu kita ke??" ku jerit kuat2 setelah 2 kali sahutan ku tak berjawab. ku toleh pantas ke wajah abahku. senyuman meniti di bibirnya."rindu~~" tiba2 aku terdengan suara mamaku. aku tersenyum dan berpaling ke dalam rumah....ku lihat berkejar2n mama ku dari dapur. basah tanganya. lantas terus dia memeluk serta mencium wajahku..hatiku terusik. wajah mamaku semakin dimamah usia.
ku tersenyum. ku lihat wajah mamaku sebak. "mama sihat?" lantas ku bertanya padanya. "tak sihat...baru bangkit demam" beliau menjawab dalam keadaan cuba menahan sebak di dada. aku xpasti apa tujuan sebak yang menselubungi mamaku itu. aku lantas meletak kan beg pakaianku. ku toleh wajah tua mamaku...ku lihat beliau mengesat air mata.
hatiku tersentuh. terima kasih abah. terima kasih mama kerana menyayangiku....
sangat touching membaca... mereka semakin meniti usia.. meniti hari hari yang sama bila masih berbaki belum tahu... seribu tahun hidup belum tentu kita dapat balas jasa mereka... sayangi dan terus sayangi selagi termampu... biar kan mereka meniti hari2 yang mendatang dengan senyuman sedaya kita boleh...aku pun cuba usaha selagi terdaya dan selagi bernafas di bumi allah ni...
BalasPadamkasih seorang ayah dan ibu xde penghujungnya...terharu*
BalasPadamselagi kita masih bernyawa hargai mereka seadanya kerana mereka tiada pengganti.Moga Allah melindungi mereka...Amin~~