Isnin, 9 Mac 2015

JGN TUNGGU LAMA2 - Lipan oh Lipan

Lipan menyerang lagi.

Selepas setahun aku bebas dari trauma tepat jam 1.30 pagi 07032015 lepas... lipan datang menyerang lagi.

Kali ni punya nyenyak aku tidur sampai 3 kali "kiss" baru aku perasan kehadiranya.

Kesan sengatan lipan di kaki ku kini membengkak dan bertukar warna kemerah-merahan. Kegatalan mula melanda dan mulalah menggaru-garu ibarat tak mandi seminggu.

Aduh mak aih.

Dah nasib nak kena.

Ntah masuk kali ni dah berapa kali aku kne "kiss" dengan lipan. 1st time kena time usia ku belum lagi mencecah usia 2 tahun (bapak aku lah yang kabo aku mana ingat apa). Yang ku sedar waktu ketika itu malam...

terbaik punya lipan dia "kiss" tepat2 kat bibir aku...ha..bayangkan romantik tak romantik lipan kat kawasan rumah aku tu kan...

tak pasal2 membengkak bibir belah atas. seksi you bibir I..

Time tu aku tak gi sepital. sebab arwah jiran sebelah rumah tahu buat penawar bisa. Melalak lah aku malam tu...penangan kena "kiss" dengan lipan.

Pengalaman tak boleh lupa time aku blajo dulu...kena gak..sekali lagi kat rumah kampung..

meleleh lah darah kat kaki aku sbb kne sengat...kaki jugak!

time tu aku lmbt p sepital...sebab nak cari lipan punya pasal...besarnya mak aih...trauma aku dibuatnya...

mmg trauma..sbb itulah kali pertama aku kne teruk sangat...disebabkan lambat g sepital cam aku ckp tadi...sudahnya aku muntah2..pening dan terus jatuh demam.. tak mengambil masa yang lama pun...30 ke 45 minit macam tu...lau lambat korang akan alami simpton2 camtu..(tu kalau dah kes berat lah) huhuhu

Yang terbaru ni aku kena...aku tak lah mengambil masa yang lama utk p sepital..sebab sekejap je dah jumpa lipan.. and then bunuh.

sampai je..tunggu beberapa minit terus dapat injection..mamai terus aku.

Katanya injection tu utk elak kita daripada kesukaran bernafas...

korang kalau kene gigit binatang berbisa cpat2 p sepital jgn lewat2kan..trauma oo...

ada orang pandai buat penawar bisa..mana yang tak tahu tu g jelah sepital. Insya Allah lepas injection akan okay.walopun ko akan rasa nyut2 sakitnya sblm and selepas beberapa minit kne injection...tapi sekejap ja...lepas tu oklah...Insya Allah.

Lipan mmg suka naik rumah aku time hujan2...so berhati2lah time hujan...lagi2 yang dok rumah bawah cam rumah aku kat kampung tu....laju je mereka masuk...kih2

Sebagai persediaan...manalah tahu hujan kan malam2... korang taburlah belerang kat sekeliling laluan yang kemungkinan lipan atau seangkatan denganya masuk. Manalah tau kot2 diaorg datang...tak mati sekurang2nya mereka lemah...

Benda nak jadi kan..tiba2 plak belerang xda kat umah utk ditabur...mana tak lipan dengan mudahnya masuk.Ye dak?kih3

korang juga digalakkn utk membeli Baygon-Hijau tapi lau dpt yang Hitam lagi bagus..Baygon hitam tu sekali sembur dah pengsan dah lipan tu...hahahaha..

btw...sapalah kita nak lawan takdir kan..dah takdir mlm tu aku kena "kiss" dengan lipan...apa nk kata...ha2.

# nasihatku lau kene gigit cepat2lah g sepital ya.. jangan tunggu lama2 woo...






Langit Gelap Di Luar

Fuh.Fuh.

Lama tak menjenguk ke dalam laman blog ni. Bertahun rasanya. Timbunan kerja membataskan peluang untuk berkarya di hadapan PC. Cewah..ayat nak ngancam aja. mcm lah rajin sgt buat kerja

Semalam 08 03 2015 genap setahun sepinya MH370 sehingga kini masih kabur dan tiada petunjuk yang jelas dan nyata. Benarlah manusia keupayaannya terbatas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. Semoga ahli keluarga, waris mereka yang berada dalam MH370 setahun lalu, diberi kekuatan untuk menghadapi hidup mendatang

Hari ini hampir 4 tahun lamanya aku bekerja di sini. Banyak pengalaman diraih terutama dari aspek komunikasi dengan pihak luar sepanjang aku di sini.

Malangnya di sini apabila kemahiran komunikasi aku dgn org dalaman agak teruk sekali. Mungkin disebabkan rasa rendah diri yang melampau menyebabkan berlakunya ketegangngan tahap ekstrem.

Rakan sekerja. Aku tak pasti apakah konsep bekerjasama ketika bekerja. Dan aku sendiri tak faham kenapa perlu ada konsep ini bukan kerja saya. Kenapa tidak membantu?

Aku percaya semua org sedia tahu konsep buat baik dibalas baik. Sepanjang aku bekerja disini aku bertuah kerana diajar dengan konsep itu. Kita mudahkan orang dan Insya Allah, Allah akan permudahkan kita. Aku berpegang pada itu.

Tak tahu di mana silapnya dan tak tahu di mana salahnya. Konflik berlaku dan aku telah mula tawar hati berada di sini.

# Rezeki di tangan Allah. Aku pernah baca kalau kita rasa masalah kita besar, jangan lupa sesungguhnya Allah Maha Besar.