tak ada salah tak ada betul. noktah.normal. situasi biasa yang semua org hadapi.bila tiba di jalan yang bersimpang, akal ligat dok timbang kira keputusan yang akan di ambil. mana mahu bergerak?ke kirikah ke kanankah?buntu.
masa diambil sehabis baik utk buat segala perhitungan, sebelum tiba waktunya, pilihan tetap pilihan. ada yang terpilih, maka pasti ada juga yang tersingkir. ini namanya lumrah..kalau dalam sebutan ekonominya ia harus disebut sebagai pilihan dan juga kos lepas.itu ilmu ekonomi, mungkin hanya setitik dari ilmu Allah.
apa yang biasa akan terjadi apabila melalui jalan yang dipilih? kata kesalan andai jumpa jalan yang berliku2.sakit dan perit rasanya melalui jalan itu.tersalah pilihkah aku?patah balik?sia2...persimpangan yang satu lagi tidak diketahui corak jalannya..mungkinkah gaung menanti?atau tenang di sepanjang perjalann.tetap berbunyi kata kesalan..tapi untuk apa?
sendiri yakin, pasti kedua2nya ada risiko. kerana jalan itu sama2 tidak pernah dilalui..namun kenapa mahu terus-terusan mengeluh...itu menolak takdir namanya. jgn risau, tapi yakinlah keputusan yang diambil itu bukan satu kesalahan, kesilpan juga bukan..tapi apakah ia?
itu dia namanya permulaan.ya permulaan utk menempuh suasana baru.buka penamat utk segalanya.maka.apa yang perlu dibuat?hadapi dan selami serta nikmati ranjau jalan itu dengan hati dan bibir yang menguntum senyum.percayalah, selagi jalan yang diambil itu tidak melanggar tuntutan akidah selagi itu lah ia bukan dinamakan sebagai kesalahn.bukan satu dosa yang akan menjerumus anda ke dalam neraka jika jalan itu yang anda pilih, tapi satu langkah untuk menuju ke syurga allah jika pasti caranya betul ketika melaluinya...usah khuatir..tempuh sahaja jalan yang dipilih itu.bak kata zizan raja lawak dalam ML "bolos saja dinding tu~~~~~~~~~"hi3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan