Jumaat, 31 Mei 2013

Bangun

Aku sentiasa percaya setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Ya aku percaya itu.

Allah Maha Adil. Menjadikan hambaNYA tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Sama. Cuma yang membezakannya adalah Usaha. Kalau kita nak lebih kita kena usaha lebih. Maka aku x fhm kenapa konsep cemburu dan rasa rendah diri itu boleh muncul.

Zaman sekarang org menilai

"Budak tu selalu naik pentas terima hadiah setiap tahun. Pandai budak tu..tak macam aku. loser giler rasa diri ni, rasa sia2 je hidup"

"Gaji besar dia tu,,,kereta besar, rumah besar, semuanya besar2 lah...aku ni sapalah sangat, poket pun kempis, lau nak beli barang branded mmg bukan aku lah. aku mmg dilahirkan begini"

Dlm masyarakat kita kebanyakannya orang2 yang kaya,mewah, pandai dan yang seumpamanyalah yang akan disanjung2 dan dipuja2. Bagi mereka2 yang kurang akan disisihkan serta diejak. Kalau iman dan mental x cukup kuat, boleh haru jadinya. Perkara-perkara macam ni lah yang akan membibitkan bunga2 cemburu, hasad dengki, rendah diri dan sebagainya...

Mentaliti mcm ni lah yang kita kena ubah. Kejayaan bukan diukur dgn melihat kepada ciri2 sperti di atas sahaja. Kejayaan perlukan usaha beb. Usaha jangan Malas. Kita kena ada matlamat, bila kita capai matlamat kita tu kita dah cukup berjaya.

kita x boleh sisihkan diri kita dan anggap kita tidak akan berjaya. kita tetap manusia sm mcm mereka.Kita dilahirkan kerana bersebab. ya dengan sebab yang berguna. Kita ada kelebihan dan kita kena cari sendiri kelebihan itu. Tak kiralah berapa lama nak cari, tapi jgn sesekali putus asa.

Andai kata kita telah berjaya mencapai matlamat kita dan kita tgk ada org lain di bawah kita yang dikatakan gagal oleh masyarakat. Please jgn sisihkan mereka. bantu mereka untuk sama2 berjaya seperti kita. andai mereka dengki dgn kita, dekati mereka dan selami perasaan mereka. mereka perlu dipositifkan supaya mereka juga akan berjaya.

percayalah hasad dengki tak akan bawa kita ke mana-mana. maka jom..


NBY: Buat kakak and adik ku..Ayuh! Wake up and smell our glories~~~~~~




Please Jangan.

Ya..Please Jangan Mengeluh!

Ramai orang mengeluh dengan manusia di sekelilingya. Bagi kebanyakan mereka, orang2 di sekeliling amat sukar difahami. Asyik kita saja nak jaga n faham mereka. Balik2 kita yang mengalah. Hati jadi sakit. Emosi jadi tak stabil. Nak marah kang jadi gaduh besar. Maka lebih baik berdiam diri dan makan hati.

Sedih sekali bila perasaan dipendam dan x dapat diluahkan. Aku sendiri mengaku aku juga mengalami dilema ini. Banyak kali dah aku terkena. Dan banyak kali rasa disakiti. Tapi aku sendiri mengambil langkah positif. Mudah. Tak perlu nak pening.

Kita berkawan macam biasa saja. Berkawan kerana Allah. Bukan kerana apa2. Kadang2 aku ada jugak main jahat. Kakak aku misalnya baik sangat manusia bagi aku. Aku rasa dia antara manusia yang tahu cmne nak handle aku. Itu tak bermaksud kakak aku takutkan aku tidak, tapi dia sebenarnya lebih tahu mcm mana nak senyapkan aku. Ye r aku kan jenis yang agak jahat orgnye. Ngeh3.

Ada masa berdua, aku akan sembang2 kosong bercerita tentang itu dan ini. Ada masanya kami berkongsi pengalaman tenatng perhubungan ukhwah. Tiba masa tanduk aku dah muncul aku akan mula membisikan kata-kata jahat kat kakak aku.

"Sis lex r sis. kwn biasa2 je. ko jgn expect lebih dgn kwn ko.Selagi dia buat baik ngn ko selagi itulah ko buat baik ngn dia. senang. bila dia dh start main kotor, ko pun start r main kotor"

tgk, kotor sungguh kan kata2 aku ni. terang2,, nampak sangat api dendamnya. hi3.jgn..jgn dibuat...

berkawan biar ikhlas...give more but please expect less. konsep tu kena pegang elok2. ikhlaskan hati dalam sesuatu perhubungan, sekiranya berlaku apa2 di kemudian hari, tak de lah rasa sakit hati sangat.ngeh3.

Kalaulah berlaku sesuatu dalam perhubungan ukhwah sesama kita. pikir satu je beb, Allah jadikan orang di sekeliling kita ada sebabya yang pasti ada hikmahnya. Peringatan buat diri ini juga.

so ayuh kawan2 kita positifkan diri kita. Masih belum terlambat!=)

Tertinggal bas.

"Alamak!! tertinggal bas!tak apalah kita tunggu next bas.". Mudah,  jalan mudah yang biasanya akan diambil oleh sesetengah or mungkin sebilangan orang. "nak cepat2 pun buat apa, tak lari gunong dikejo" . gitu jawabnya...mudah bukan...x perlu nak rumit2 poning palo bagai...MUDAH.

aku sendiri mengaku bahawa aku pun tergolong dalam sebilangan orang tersebut. mungkin ada yang kata " ala be postive bro!" .ok2. boleh lah bolehlah. be +ve...

+ve mendenye? dah kau sendiri yang silap...setakat tinggal bas tu ko boleh kata...xde hal?wey rugi wo!!ko tahu x rugi! knp rugi??sebab:-

Ani si Anak: Lapar lah mak
Puan Emak: Ani... tlg belikan mak santan. Mak nak masak kari ni ha...lupa plak nak beli tadi. (skema sungguh Puan Emak)
Ani si Anak : ok mak.

30 minit kemudian....

Puan Emak menjengah ke bilik Ani si anak. Ani si Anak sedang bersiap2.

Puan Emak: Ekau ni Ani, Lamo beno bersiap nye hah. Ape ke dibueknye. Omak dah setat nak memasak ni ha, ekau x gerak2 lagi. bila lah gamaknya kari mak nak siap nak ui~~~

See! 30 minit,,,,berlengah2, bermake up lah. tukar2 baju lah. bermesej2lah, berkoling2lah. itu lah ini lah. what??g kedai beli santan je kut...perut?perut dah bunyik2 dah...tadi kata lapar. tapi lambat2 nak g kedai. bila ke nak kenyangkan perutnye??oye...

so situasi ini jelas nyata dan terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa sikap berlengah2 itu tidaklah membawa sebarang kebaikan pun..maka apa tunggu lagi...kejayaan menanti di depan mata, knp lmbt bergerak?

lambat bergerak maka lambatlah mencapai kejayaan. orang lain dah berjaya kita masih di takuk lama...apa??konteks berjaya tu subjektif? lex3...ingat...bekerja bersungguh2 wey, ibarat hidup selama2nya...beribadat lah seikhlasnya ibarat esok kita dah tiada.zup!!(lari kencang).cepat2! kalot r.

                                                    sumber: link pak cik google
nota NBY: eh nad cepat!! koje ko xsiap lagi ni ha..berlengah2!berlengah2!