Ahad, 22 Januari 2012

pesan kakak

adik2 zaman2 sekarang.jgn terlampau leka dengan nikmat sementara di dunia ini.sila jangan pilih lorong yang salah. usia mu masih muda.usia mu adalah permulaan untuk kamu melangkah ke alam dewasa. jangan silap pilih lorong yang akan membawa kau ke masalah yang cukup besar.

masa ini,ketika ini adalah usia untuk kamu belajar bukan bercinta. no3! akak bukan nafikan hak kita sebagai manusia untuk bercinta, cuma belum tiba masanya untuk kamu seusia mudamu untuk bercinta. jangan cuba singkatkan usia mu untuk terus menjadi orang dewasa.jangan salah pilih jalan hidup.

adik2 ku,sila jangan nafikan ujian Allah itu ada hikmahnya.jangan nafikan sama sekali kehebatan dan kebesaran Illahi.jangan cuba untuk meninggalkan keistimewaan mu sebagai seorang islam.

kita manusia sama sahaja,dikurniakan oleh Allah akan akal yang menjadi pembeza dimana ia satu kelebihan,  benteng antara kita dengan makhluk yang lain.tekanan yang kau hadapi,dugaan yang kau tempuhi adalah silap sekiranya kau jadikan ia pematah semangat.silap dik silap!bangunlah.

akak tak katakan berjaya dalam akademik itu adalah pengukur bagi kejayaan hidup seorang insan. tidak!ia bukan faktor utama dik,bukan~tapi berjaya dlm akademik tu satu tiket untuk bawa kau ke jalan yang lebih mudah dik.itu sahaja.

mungkin kau terlalu mentah sehingga kau cepat melatah dengan tekanan yang kau hadapi.tapi ingat dik, kau punya ayah,kau punya ibu, kau ada adik beradik, hidup kau x akan sunyi. dan kalau kata kau sunyi, tiada sapa yang mahu mendengar.kau silap dik,silap.Allah ada dik...jangan jarakan dirimu padaNYA. Allah maha mendengar dik, mengadulah padaNYA, dia yang menciptakan segala sesuatu di dunia ini. dia yang menciptakan kau,dia yang mencipta masalah buat kau,dan dialah penyelesai masalah terbaik buat kau.jangan nafikan kewujudan dia dik.jangan...

tak ada benda mustahil di dunia ini dik.sekiranya Allah benarkan perkara mustahil itu berlaku, ia bukan lagi mustahil dik.sekiranya Allah berfirman kunfayakun...maka jadilah dia dik, benda mustahil pasti tidak akan mustahil lagi.kalau dulu pasti orang beranggapan mustahil besi boleh diterbangkan dik, mustahil besi boleh terapung dik...tapi sekarang, beribu2 malah berjuta2 kapal terbang yang terbentuk dari besi itu boleh terbang kat udara, boleh terapung di udara dik....benda tu mustahil pada masa dulu dik. tapi sekarang tidak...sapa kita untuk menilik masa depan dik? yakinlah tiada benda mustahil kat dunia ni.

kau kata mustahil kau akan berjaya, mustahil kau boleh bangkit, mustahil bagi kau untuk hadapi tekanan tu dengan betul, kau kata mustahil. tetapi akak yakin semua itu bukan mustahil, sebab kita hamba Allah. sekali Allah kata bende tu tak mustahil, ia bukan lagi mustahil dik, bukan lagi....

bangunlah dik, jangan silap pilih langkah.pada usia mu ini, kau hanya perlu belajar, belajar dan belajar. bukan masa untuk kau bercinta, bukan masa untuk kau berfoya2...bukan masa nya lagi.kau masih di bawah umur dik.masih di bawah umur, dan mereka seusia mu adalah seorang anak dan pelajar yang wajib turuti perintah ayah ibu yang wajib jalankan tanggungjawab sebagai pelajar, bukan orang dewasa. itu sahaja.mudah.

jangan fikir akak hanya tau cakap, dan senang saja akak bercakap.silap cara kau pathkan kata2 akak ni dik silap. kau jangan lupa dik, akak terlebih dahulu tempuh usia mu sebelum kamu dik.ingat tu....

ingat dik,kita hamba Allah....syukur kita dilahirkan islam,jangan sama sekali nafikan nya....jangan mudah melatah pada usia remajamu,nikmatinya dengan jiwa yang tenang,jiwa sebagai hamba allah..itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan