wargh~lama x menulis kat belog ini. kehilangan idea utk bercerita.huwaha3. sementara menunggu detik konvokesyen pada next week, NBY lepak2 kat rumah sepupu.. sudah berkeluarga dan punya 3 org anak. malam tadi, dok sok sek sok sek dgn anak remaja ini.masih remaja, tapi otak dia jauh berfikir.timbang rasa, itu sifat murni yang paling menonjol dlm diri beliau.
melihat beliau, dlm ms yang sm NBY dok terimbau kenangan lama.last week sms menghadiri open house di bangi...berkenalan dgn seorang kakak. kakak sebab beliau lebih berusia dari NBY. kata2 yang betul2 buat NBY kagum yang keluar dari kakak itu adalah...." setiap org ada lebihnya, ada kurangnya...bahagian mana dia lebih ada bahagian lain yang dia kurang...ada seorg saudari tu sudah berkhawin..hidupnya lengkap dengan kerjaya yang meyakinkan..rezekinya murah berkaitan dengan kesenangan hidup...tapi masih belum punya anak..itu tekanan buat diri saudari tersebut. dibandingkan dgn saudari yang satu lagi...hidup sederhana, sudah berkhawin sama tarikh dgn saudari yang mula-mula tapi...rezekinya menimang anak murah walaupun hidupnya tidak semewah saudari yang mula2 tadi"
miskin ke kaya ke....tua ke muda ke...selagi benda yang baru muncul dalam hidup mereka, ia akan dinamakan sebagai masalah...selagi tak tempuh benda tu masalah tak akan selesai...nak lari ke mana..masalah tetap menanti. itu kenyataan.
sekarang..alhamdulillah kerana Allah murahkan rezeki NBY dan kakak NBY utk keluar dari tekanan...hidup kita,, masing2 berbeza.berjumpa seorang teman di bangi ini, membuat NBY tersenyum.ada juga kawan NBY yang mungkin dapat memahami keadaan.mungkin.insyaAllah..kerana situasi hampir sama.
kerana hidup kita berbeza, perjalanan dan perancangan hidup kita juga masing2 akan berbeza. berupaya menyaingi yang lain, bukanlah sebuah kejayaan yang sebenar, tapi macam mana kita berupaya mengemudi kehidupan kita berlandaskan iman kepada Allah, itulah kejayaan yang sebenar. kerana hidup kita untuk Allah bukan kerana orang lain..