Isnin, 9 Mac 2015

Langit Gelap Di Luar

Fuh.Fuh.

Lama tak menjenguk ke dalam laman blog ni. Bertahun rasanya. Timbunan kerja membataskan peluang untuk berkarya di hadapan PC. Cewah..ayat nak ngancam aja. mcm lah rajin sgt buat kerja

Semalam 08 03 2015 genap setahun sepinya MH370 sehingga kini masih kabur dan tiada petunjuk yang jelas dan nyata. Benarlah manusia keupayaannya terbatas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu. Semoga ahli keluarga, waris mereka yang berada dalam MH370 setahun lalu, diberi kekuatan untuk menghadapi hidup mendatang

Hari ini hampir 4 tahun lamanya aku bekerja di sini. Banyak pengalaman diraih terutama dari aspek komunikasi dengan pihak luar sepanjang aku di sini.

Malangnya di sini apabila kemahiran komunikasi aku dgn org dalaman agak teruk sekali. Mungkin disebabkan rasa rendah diri yang melampau menyebabkan berlakunya ketegangngan tahap ekstrem.

Rakan sekerja. Aku tak pasti apakah konsep bekerjasama ketika bekerja. Dan aku sendiri tak faham kenapa perlu ada konsep ini bukan kerja saya. Kenapa tidak membantu?

Aku percaya semua org sedia tahu konsep buat baik dibalas baik. Sepanjang aku bekerja disini aku bertuah kerana diajar dengan konsep itu. Kita mudahkan orang dan Insya Allah, Allah akan permudahkan kita. Aku berpegang pada itu.

Tak tahu di mana silapnya dan tak tahu di mana salahnya. Konflik berlaku dan aku telah mula tawar hati berada di sini.

# Rezeki di tangan Allah. Aku pernah baca kalau kita rasa masalah kita besar, jangan lupa sesungguhnya Allah Maha Besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan