Rabu, 14 November 2012

Coretan

Sepi.
Burung-burung asyik mengalunkan lagunya. 
Terbit sang suria terang menyilau mata.
Indah. Sungguh indah.
Langit yang semalamnya mendung kini cerah.
Pantai yang sebelum ini berkocak kini tenang menyapa sang pasir.
Sayup.
Pelangi kini telah muncul.
Tidak perlu lagi dinanti.
Cantik megah menghiasi langit.
Langit pula kini mula membiru.
Dipotretkan bersama lukisan awan yang cukup berseni.
Angin yang bertiup kencang kini sudah tenang.
Damai.
Semuanya kerana DIA.
Allah Yang Maha Berkuasa.

2 ulasan: